Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

20 Jan : Universiti Malaya menjadi milik Pro-Mahasiswa apabila majoriti keputusan undi pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa berpihak kepada mereka ketika diumumkan pagi ini. Pro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini.

Suasana Dewan Tengku Canselor bergema dengan laungan "Student Power" dan "Takbir" oleh penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris.

Salah seorang penyokong Pro-Mahasiswa Azlina ketika ditanya berkata, beliau sudah menjangkakan akan kemenangan Pro-Mahasiswa.

"Penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sudah berkerja keras untuk kemenangan ini hingga sanggup tidak tidur malam, berkorban tenaga, wang ringgit bahkan banyak provokasi dan cabaran yang diterima. Kemenangan ini adalah hadiah besar yang tidak ternilai."


LAPORAN OLEH : WARTAWAN PRO-M UM

JADILAH SALAH SEORANG AJEN PERUBAHAN

0 Responses so far.

    Followers