Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Aku menulis topik ini sebagai respon terhadap akhbar tentang blog yang menghina nabi.
Ini alamat blog berkenaan http://adibahahmad.blogspot.co.../, walaubagaimanapun, pihak blogger.com telah memadamkannya.
Sehari sebelum laporan akhbar dibuat, aku telah mendapat email mengenai blog ini dan telah juga membukanya.
Memang seperti dilaporkan akhbar.
Dengan hanya beberapa post dan template murahan (default), blog ini dengan bangganya menhina nabi.
Boloh punya olang.
Kononnya Free Thinker. Di akhbar pula, dalam berita hari ini (28/12/2008), menyatakan yang penulis (ada gambar disediakan, dalam hati aku kata. "Gila gamble minah ni" siap ngan nombor phone), adalah mangsa fitnah. Kononnya, gambar dan nombor telefon itu adalah dibuat-buat. Hurm, harap-harap benarlah.
Owh ya. Jika kau adalah salah seoarang yang ditugaskan untuk menyiasat tentang blog ini. Ini sedikit panduan daripada aku.


1. Kau contact blogger.com


2. Tanya, dari mana post-post http://adibahahmad.blogspot.co.../ ditulis. Mintak IP Address. Kau boleh mengesan lebih tepat jika dapat tengok semua pattern IP address yang ada untuk blog ni.


3. Kemudian, kau tanya ISP yang ada kat Malaysia ini. Tanya diorang, tentang alamat IP ini.


4. Besar kemungkinan, blog ini dibuat di cyber cafe, kerana, penulis blog berkenaan juga merisaukan tentang faktor keselamatan dengan menggunakan Gmail (aku tak sure betul ke tak Gmail ni selamat atau tak).


5. Jika dia guna CC, senang sahaja, kau cari komputer yang ada cookies blog ini.



6. Kalau dah cookies tu dah kena delete, kau mungkin masih boleh mengesannya dengan menggunakan tools untuk recover balik benda-benda yang di delete. (aku tak sure). Owh ya, cek juga komputer pemilik CC berkenaan.


7. langkah seterusnya, kau kena soal pemilik CC tersebut. dan aku yakin langkah ini adalah langkah biasa (namun tak mudah).




Bagi aku, hukuman yang layak bagi blogger ini ialah :




1. ISA - mengancam keselamatan negara, bangsa, mangsa dan Agama


2. Kutip sampah di jalan-jalan raya yang sesak sambil mendengar MP3 bacaan Al-Quran seumur hidup

3. Hafal lagu "Puji-pujian - Raihan" dan mempersembahkannya dalam Akademi Fantasia


4. Suruh dia kendalikan program maulidur rasul dengan menjadi seorang pembacuh air atau pengilat kasut peserta perarakan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan setiap tahun

5. Minta dia berikan ucapan "Saya Bertaubat" di You Tube, Stesen TV dan majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan




sumber http://rajakamil.com.../

0 Responses so far.

    Followers