Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Pada hari ini secara rasminya BN atau Barisan Nasional telah merampas kuasa secara kotor dari Pakatan Rakyat melalui 4 ADUN yang mengkhianati rakyat yang memilih mereka. mereka adalah ADUN Changkat Jering, Behrang, Jelapang dan Bota yang sebelum ini telah masuk ke dalam Pakatan Rakyat namun keluar semula dan menyertai UMNO. Ini mengakibatkan Kerajaan PR hilang majoriti dan jatuh. Pada mulanya Menteri Besar Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin telah mengumumkan pembubaran DUN dan ini tidak diperkenankan Sultan Azlan Shah kerana BN telah mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Inilah sikap BN yang telah memecahkan PR melalui wang, harta, pangkat, dan kuasa sehingga ada ADUN yang telah terpengaruh dengan umpan ini. Adakah kita hanya mampu melihat sahaja. Kita harus teruskan perjuangan ini dengan melancarkan revolusi rakyat Malaysia dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang terbukti telah membawa rakyat kepada kehidupan yang lebih baik. Teruskan perjuangan untuk mendapatkan kembali negeri Perak.

1 Response so far.

  1. Sesungguhnya pakatan telah memulakan langkah lebih dulu memancing adun BN jadi janganlah kecewa jika padahnya terpercik kemuka sendiri....rakyat perak telah terpedaya dengan agenda pakatan pada 8mac lalu maka hidayah dari Tuhan telah memberi peluang adun BN kembali berkuasa semula...kAMI RAKYAT PERAK TIDAK RELA DIPERKOTAK-KATIK OLEH PIMPINAN BONEKA DAP...simpanlah kekecewaan anda hingga PRU ke 13 nanti...ini pesanan Maktam(mak aku lew wei)kuang kuang kuang..adios+salam=)

    Followers