Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Kesungguhan dan Semangat Sallahuddin Al-Ayubi

Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya.

Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka
Salahuddin menjawab, "Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang
kuda".

Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit
tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin,
Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat
menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk
melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam".

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh
menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan
tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika
berperang ia sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang
mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan
memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada
mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin.

Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang
bukannya ketika perang. Apabila mendengar perkara ini ia segera mengarahkan
supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk
dengan sengitnya.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk
menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000
orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit.
Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai
tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera
musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang.

Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu
peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran
dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari
Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah
kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak
akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi
atau jika ajalku sampai.

0 Responses so far.

    Followers