Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Ampang 17 Julai 05:02pm | 8 orang mahasiswa telah ditahan dalam Demonstrasi Mahasiswa Membantah Isu Pembunuhan Muslim Selatan Thailand lepas solat Jumaat tadi.

Menurut sumber, dimaklumkan Mohd Shafie Hashim dan Lee Song Yong antara 8 mahasiswa Universiti yang ditangkap polis ketika berdemontrasi berkenaan.

Dipercayai juga, penangkapan tersebut berpunca daripada pertikaman lidah dengan beberapa pegawai polis di sini.

6 orang mahasiswa dibalai ke Balai Polis Sentul manakala 2 orang mahasiswi di bawa ke Balai Polis Dang Wangi bagi soal siasat.

Dipercayai suasana demonstrasi bermula aman tetapi situasi tegang dicetuskan polis apabila menarik kasar seorang mahasiswa.

Dua mahasiswi berkenaan ditangkap tanpa usul periksa semasa mereka sedang berehat setelah demonstrasi berkenaan bersurai.

Di maklumkan beberapa peguam yang mewakili mereka dalam perjalanan ke sana untuk proses ikat jamin.

Ketua penyiasat kes ASP Aziz memberitahu bahawa kesemua mereka di tahan di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerena menyertai perhimpunan haram.

Berlangsung atau tidak Forum Kesedaran Isu Pembunuhan Muslim Selatan Thailand yang dijadualkan berlangsung malam ini di Masjid ar-Rahman Universiti Malaya juga, tidak dapat dipastikan disebabkan insiden ini.

Mahasiswa beri 3 hari

Dalam pada itu, demonstrasi yang disertai oleh 200 mahasiswa dari beberapa front mahasiswa iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) telah menghantar memorandum kepada wakil konsulat kerajaan Thailand.

Jurucakap wakil mahasiswa berkenaan, Mohd Idris menyatakan mahasiswa beri masa 3 hari untuk kerajaan Thailand memberi respon terhadap isu yang berlaku di wilayah tersebut.

Selain itu, wakil yang menerima memorandum tersebut juga diragui kerana tidak mahu memperkenalkan diri.

Polis dan Pasukan Polis Simpanan (FRU) seramai 300 orang berserta trak dan kereta peronda dilihat sedang mengawal kawasan kedutaan.

Polis dipercayai sudah bersiap sedia bermula awal pagi tadi.- mahasiswakini

0 Responses so far.

    Followers