Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

13 Mei sekali lagi datang dengan catatan sejarah yang amat bermakna di dalam kamus rakyat Malaysia. 13 Mei tidak akan pernah luput di dalam sanubari setiap rakyat Malaysia dahulu mahupun sekarang. Peristiwa berdarah 13 Mei memberikan tamparan yang hebat ekoran daripada sesetengah pihak yang mencetuskan entiti perkauman sempit.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mewakili seluruh mahasiswa menemplak mana-mana pihak yang cuba dan sengaja menggunakan agenda perkauman di dalam mencetuskan sesuatu yang boleh menggugat keamanan dan keadilan di Malaysia ini. Cukuplah pengalaman pahit dan hitam yang berlaku pada 13 Mei 1969 menjadi pengajaran dan pedoman buat seluruh rakyat Malaysia.

SMM juga ingin menegaskan bahawa mahasiswa meolak secara total dogma atau doktrin perkauman yang melampau yang dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepenting. Mahasiswa tidak akan membenarkan segala bentuk propaganda yang boleh menegangkan semangat muhibbah di kalangan rakyat Malaysia pada masa kini.

Jangan ada segelintir pihak yang cuba dan berusaha mengeruhkan semangat muhibbah di antara kaum di Malaysia ini. Oleh itu, isu-isu berkaitan dengan politik, ekonomi mahupun sosial tidak harus diertikan di dalam entiti perkauman semata-mata. Biarlah masyarakat Malaysia hidup bertoleransi di dalam segala aspek di dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. SMM juga ingin menegaskan bahawa segala bentuk politik yang berentitikan perkauman akan ditolak oleh mahasiswa kerana ini bukan sahaja membawa kepada kesatuan bangsa semata-mata bahkan akan menjarakkan lagi jurang di antara kaum di Malaysia ini.

Kewujudan toleransi di antara agama juga dilihat sebagai manifestasi yang berkesan di dalam memupuk semangat 1Malaysia yang menjadi teras kepada kepimpinan Perdana Menteri pada hari ini. Toleransi ini perlulah dipupuk agar percambahan semangat perkauman tidak lagi menebal dan wujud di kalangan rakyat Malaysia.

Akhir sekali, SMM mewakili seluruh mahasiswa ingin menyatakan bahawa, keamanan dan kesejagatan yang ada pada hari ini perlulah diteruskan dan dijaga agar segala bentuk-bentuk perkauman tidak dicanang yang kemudiannya merosakkan semangat di antara kaum di Malaysia ini. 13 Mei haruslah dibiarkan menjadi sejarah di dalam benak sanubari setiap masyarakat Malaysia dan memastikan bahawa tidak akan berlakunya peristiwa sebegitu lagi pada masa akan datang. Segala anasir-anasir perkaumanan yang wujud akan ditolak sekeras-kerasnya oleh Mahasiswa.

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin (Pengerusi)

Mohd Ridzuan Bin Othman (Setiausaha Gerakan SMM)

0 Responses so far.

    Followers