Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi




24 Safar 1432H.

KAHERAH: Presiden Hosni Mubarak yang muncul pertama kali selepas tercetus demonstrasi besar-besaran sejak empat hari lalu, berkata beliau sudah mengarahkan agar Kabinet dibubarkan dan memberi jaminan melakukan reformasi.

Bagaimanapun, Mubarak masih mempertahankan tindakan polis mematahkan rusuhan oleh ribuan penunjuk perasaan yang mula melakukan keganasan. Penampilan Mubarak itu dilaporkan susulan beliau menerima kritikan hebat oleh pemimpin dunia, termasuk Presiden Barrack Obama yang mengancam akan mengurangkan dana bantuan antarabangsa bernilai AS$1.5 bilion kepada Mesir sekiranya beliau menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.
Dengan wajah yang muram, Mubarak yang muncul di kaca televisyen negara itu, awal hari ini berkata, protes antikerajaan itu adalah 'sebahagian daripada perancangan untuk mengucar-kacirkan kestabilan dan keamanan' dalam sistem politik negara itu.

Penunjuk perasaan mahu pentadbiran selama lebih 30 tahun Mubarak berakhir selepas kerajaan gagal menyelesaikan kemiskinan di negara yang mempunyai 80 juta penduduk itu.

Mereka menuntut supaya sistem demokrasi di negara itu lebih lancar dan mahu kerajaan memerangi masalah pengangguran, kemiskinan dan rasuah.
Beliau berkata, penunjuk perasaan dibenar menyatakan pandangan mereka tetapi jangan menggunakan keganasan dan merosakkan harta benda awam sehingga polis terpaksa bertindak.

"Keganasan tidak akan menyelesaikan masalah yang kita hadapi, sebaliknya marilah kita lebih objektif.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan demi keselamatan setiap warga Mesir," katanya. - AP

0 Responses so far.

    Followers