Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi


Muhamad Yusri Amin, 06 Mac 2012

KOTA BHARU, 6 Mac: Seorang penduduk Orang Asli dari Pos Belatim, Gua Musang, Rosli Along memfailkan notis pemberhentian kes membabitkan dirinya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. Plaintif terbabit diwakili peguam Roslan Mat Nor memberitahu anak guamnya mahu menarik balik saman terhadap kerajaan negeri membabitkan pembangunan tanah Ladang Rakyat di Hulu Nenggiri, Pos Belatim. Prosiding tersebut berlangsung di hadapan Hakim Azman Abdullah. Hakim kemudian menetapkan 20 Mei hadapan bagi mendengar penghujahan pihak plaintif menarik balik saman yang difailkan sebelum ini.
Kerajaan negeri diwakil peguam Zainal Abidin Mustaffa dari Tetuan Zainal & Mariani Peguambela dan Peguamcara. Tahun lepas tiga lelaki Orang Asli dari Pos Belatim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang kerajaan negeri melulus tanah kepada Perbadanan Ladang Rakyat untuk dibangunkan ladang. Dua plaintif lagi iaitu Angah Along dan Hassan A/L Along, bagaimanapun tidak kelihatan di mahkamah hari ini. Pada afidavitnya sebelum ini mereka mendakwa pemberian hak milik tanah adat Orang Asli di Pos Belatim sebagai menyalahi undang-undang. Bagaimanapun dalam satu kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan tiada istilah tanah adat di Kelantan. Namun katanya, kerajaan negeri meluluskan hak milik tanah kepada penduduk Orang Asli di beberapa penempatan di pedalaman Gua Musang termasuk seluas 606 ekar di Pos Jedip. Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kesyukuran seorang penduduk Orang Asli menarik balik kes saman terhadap Ladang Rakyat. Penghulu Rosli yang menemui Menteri Besar selepas hadir di mahkamah turut menyampaikan surat memohon maaf kepada kerajaan negeri ekoran tindakannya memfail saman sebelum ini. Rosli turut ditemani beberapa penduduk Orang Asli dari Gua Musang diraikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10. Turut hadir pada pertemuan itu Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari, Pengurus Tabung Tok Kenali, Mohd Khir Zahri dan Penghulu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Ira Isra Asra Ramlan dari Pos Belatim. “Alhamdulillah, kes yang dibawa oleh kawan-kawan kita dari perkampungan Orang Asli bagi menyaman Ladang Rakyat telah ditarik balik. “Dan mereka datang beramai-ramai untuk memohon maaf,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut. Pada Januari lalu polis menahan 17 Orang Asli di Kampung Parik, Gua Musang kerana dilaporkan membantah tindakan menceroboh tanah adat. Menteri Besar juga berharap sekiranya timbul persoalan di antara pihak kerajaan dan Orang Asli khususnya dalam isu tanah hendaklah dibawa berunding terlebih dahulu.

0 Responses so far.

    Followers