Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Hari ni saya nak jadi pakar motivasi walaupun sebenarnya tak pakar pun macam Dr.H.M. Tuah atau Dr.Fadzilah Kamsah.hehehe..sekadar suka2 je tapi kalau saya bagi motivasi ni orang boleh mengiakan memang tak boleh cari makanlah pakar2 motivasi tu,hehe..tak adalah,mereka sangat hebat,mereka termasuk dalam senarai idola saya tau.

Saya nak berbicara tentang CINTA..saya yakin didalam hati anda semua ada perasaan cinta,tipulah tak ada tapi kalau tak pernah bercinta tu saya percayalah.CINTA ini unik,macam2 orang beri jawapan pada maksud cinta ini,tak apalah,bagi jelah apa2 makna pun,itu hak anda.Kalau saya,saya nak bagi maksud cinta itu adalah perasaan kasih yang mendalam terhadap orang yang kita sayang,kita tak boleh kehilangannya,kita hanya mahu sentiasa bersamanya sehingga ke akhir hayat,mahu menggembirakan dia walaupun kita sendiri tak berada dalam keadaan gembira tapi apa2 pun letakkan CINTA yang tertinggi hanya kepada ALLAH kerana cinta yang abadi hanya ada pada ALLAH.
Buat yang sedang menikmati manisnya cinta,teruskan,jagailah cinta anda,bajailah selalu cinta itu,teruskan menyayangi orang yang anda sayangi,jangan sesekali kecewakan hatinya,jika perhubungan itu sudah hambar,carilah jalan penyelesaiannya untuk kembalikan semula perasaan cinta itu seperti mana pada awal bermulanya cinta anda kepada dirinya.Semoga berjaya saya ucapkan kepada anda dan tahniah saya ucapkan kepada yang telah berjaya mengekalkan perasaan cinta anda hanya pada si dia untuk selamanya.


Buat insan yang sedang kecewa kerana cinta,teruskan hidup anda seperti biasa,usah berkurung mengingati hal2 yang sudah lepas,mungkin dia bukan yang terbaik untuk anda seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah,’Belum tentu yang anda sukai itu baik untuk anda dan belum tentu yang anda benci itu tidak baik untuk anda’.Banyak perkara lain hendak dilakukan dalam hidup ni.Jangan tutup perasaan anda untuk bercinta lagi,mungkin insan seterusnya ini adalah yang terbaik untuk anda.Apa2 pun tepuk dada tanya hati..lu pikirlah sendiri bak kata Nabil,Raja Lawak Astro tu.hehehe..

Biasalah kecewa2 tu,tak akan dalam percintaan tak ada kecewa2 ni tapi sebenarnya itulah yang akan mematangkan anda tau,satu pengalaman buat anda malah lagi banyak anda kecewa,lagi banyak pengalaman sehingga anda sampai ke tahap yang terbaik.Saya pun pernah dikecewakan 2 kali tau tapi tak apa,tak mati pun walaupun hakikatnya rasa cam nak mati juga.hehehe..Bagi saya,daripada sinilah kita boleh belajar menjadi yang terbaik lagi.


Buat insan yang takut bercinta,usah macam itu,rasailah sekali apa itu cinta,jangan takut kecewa sebab ALLAH dah cambahkan perasaan cinta kepada anda,buat apa anda sia2kan kerana takut kecewa,normal lah kecewa2 ni lepas tu okey semula.Betul,tak percaya,tanya saya.hehehe..
Apa2 pun,mencintailah seadanya agar anda tidak melakukan perkara yang bodoh sehingga sanggup mencederakan diri,merosakkan diri dan orang lain sedangkan orang lain tu tak bersalah pun pada anda.Emosional anda tu je terlebih,jangan ikut kata syaitan kelak binasakan diri anda,nak menyesal pun buat apa.Letakkan CINTA anda yang tertinggi hanya kepada ALLAH.

Terima kasih buat yang sudi membaca artikel sy yg panjang berjela ni.hehehe..nak komen apa2,silakan..

0 Responses so far.

    Followers