Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Kuala Lumpur 31 Mac 06:35 p.m | Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) , Ahmad Syazwan Hassan semasa dihubungi oleh wartawan Mahasiswakini menyatakan bahawa kes kecurian di kolej Raja Nazrin telah di bawa kepada pihak keselamatan universiti.

“Saya dah jumpa dengan pegawai keselamatan tentang isu ni. Mereka (pihak keselamatan) berjaya menangkap pelajar yang tersebut,” ujar beliau.

Di samping pelajar perumpuan tersebut, beberapa lagi pelajar yang ditangkap atas dakwaan suspek kepada kes tersebut. Dalam pada itu, pihak kolej dan keselamatan telah menganalisis video litar tertutup (CCTV) bagi mengukuhkan lagi fakta kes.

Menurut Syazwan lagi, dakwaan terhadap pelajar tersebut masih lagi dalam pertimbangan oleh pihak keselamatan dan kolej atas alasan melihat kepada kondisi keluarga dan sebab terdesak kepada kecurian.

“Pihak keselamatan dan kolej masih lagi pertimbangkan hukuman dan dakwaan. Mereka akan bincang dengan keluarga kalau-kalau ada masalah yang lebih besar disebalik kes ini. Pihak kolej dan keselamatan mengambil tindakan adil dan bijak dalam pertimbangan ini yang patut dipuji,” tambah beliau lagi.

Terdahulu, kolej Raja Nazrin Universiti Malaya sebelum ini telah mengalami kes-kes kecurian yang melibatkan pekerja di kolej tersebut.

[Berita Terdahulu] Kolej Raja Nazrin Universiti Malaya minggu ini gempar apabila berlakunya kecurian yang menyebabkan kehilangan alat elektronik dan barang berharga di beberapa bilik di kolej tersebut.

Bercakap kepada wakil wartawan Mahasiswakini, Lee Kiang Keat, Pengerusi Biro Ekonomi, Keusahawanan, dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) menyatakan kemungkinan besar kejadian tersebut bukan dibuat oleh pihak luar.

“Saya syaki ini bukan kerja orang luar, dan tak mungkin juga orang lelaki sebab berlaku di blok perumpuan, itu hanya pendapat saya,” jelas beliau melalui panggilan telefon semalam.

Lee yang juga mahasiswa tahun pertama Fakulti Perniagaan dan Perakaunan memberitahu media bahawa kejadian tersebut berlaku pada 25 Mac lepas pada waktu malam sekitar 10.30 malam di blok B tingkat 4. 10 bilik telah ditemui kehilangan laptop dan barang berharga yang lain.

Bilik tersebut juga didakwa tidak mempunyai penghuni kerana semua penghuni telah ke latihan koir.

Jelas beliau lagi, pada hari berikutnya iaitu 26 Mac dua buah bilik lagi telah kehilangan barang berharga. Dan terakhirnya, pada 27 Mac pula sebuah bilik telah dipecahkan pintu.

“Saya dapat maklumat dari Fadzil (Pengerusi Biro Penginapan Kolej Kediaman dan Luar Kampus MPMUM), dia tak ambil apa-apa tindakan lagi,begitu juga dengan HELWA,” ujar beliau lagi.

Walaubagaimanapun, Lee berjanji akan membawa isu ini ke mesyuarat MPMUM akan datang berkenaan isu keselamatan dan kecurian di kolej tersebut.

Dalam pada itu, pihak Mahasiswakini gagal menghubungi Pengerusi Biro Penginapan Kolej Kediaman dan Luar Kampus MPMUM, Fadzil Jamal berkenaan isu ini.-mahasiswakini

0 Responses so far.

    Followers