Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Peringatan Mursyidul Am Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Kepada Semua Bakal Pengundi Di Bukit Gantang Dan Bukit Selambau
Kategori: Tazkirah
Malaysia Negara yang disayangi ini mempunyai pelbagai bangsa, kaum dan bahasa.
Sebenarnya pada saya begitu bertuahnya Malaysia ini sekiranya kempen pilihan raya disertai sama oleh masyarakat Cina yang lebih mendahului mengenali agama Islam mengikut dalam sejarah dunia.
Orang Melayu mengikut sejarahnya menerima Islam sekitar 500 tahun kebelakangan ini, berbanding masyarakat Cina.
Sejak Parameswara Raja Melaka yang memeluk Islam, secara automatiknya turut memeluk agama Islam.
Tetapi orang Cina mengenali Islam lebih 1,500 tahun yang lalu menerusi sahabat baginda Rasulullah saw yang pergi ke Negara itu untuk berdakwah.
Saya sendiri sewaktu ke Negara terbabit sempat mengunjungi makam sahabat Nabi sebanyak dua kali.
Ertinya orang Cina lebih dahulu mengenali Islam berbanding orang Melayu.
Keduanya generasi muda Cina sekarang ini menerima Islam kerana mereka belajar di sekolah, di Pusat Pengajian Tinggi, mereka berguru dengan orang-orang yang boleh berguru serta bersoal jawab dengan mereka sehingga menyebabkan mereka yakin dengan Islam dan keselamatan agama suci itu untuk menjaga manusia.
Kalau boleh masyarakat Cina seharusnya bersama-sama melaksanakan tanggugjawab sebagai seorang Islam.
Orang Melayu keseluruhannya khususnya generasi kedua sekarang ini menerima Islam hanya secara tradisi.
Umur saya sendiri banyak habis untuk bertengkar (berhujah) dengan orang Islam Melayu – Melayu Islam yang banyak mengakibatkan imej Islam menjadi rosak kerana bangsa kita menerima Islam secara tradisi.
Umur saya banyak dihabiskan untuk memperbetulkan fahaman atau imej Melayu Islam.
Jadi kalau boleh orang Cina Islam yang memahami Islam turut berkempen serta dalam mengembangkan ajaran Islam kerana agama suci itu memberi rahmat untuk semua bangsa di dunia ini dan bukannya melaknati mereka.
Saya dengar banyak ucapan dari Saudara Kita (Cina muaalaf) seperti Saudara An Wan Seng dan banyak lagi masyarakat Cina dan India muslim lain yang perlu diketengahkan memandangkan mereka pandai berhujah.
Sedangkan pada masa yang sama para imam di kampong-kampung tidak mampu menyampaikan dakwah sehebat Saudara Kita memandangkan mereka hanya belajar Islam secara tradisi berbanding Saudara Kita yang belajar secara systemetik dan morden.
Lama saya memikirkan bagaimana untuk membawa masyarakat Cina untuk belajar di Kota Bharu untuk belajar di Mahaad Muhammadi di Kota Bharu bagi membolehkan mereka mempelajari Bahasa Arab serta mengenali Islam melalui kaedah belajar dan bukannya tradisi.
Bila mereka memperolehi ilmu dengan baik serta banyak, mereka dapat berhujah dengan baik.
Bila mereka tamat belajar di situ mereka akan dapat melanjutkan pengajian mereka di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi sama ada dalam atau luar Negara dengan membawa hujah-hujah yang lebih baik.
Sekarang ini Bahasa Cina dimasukkan dalam kurikulum yang ada di sekolahnya di Pulau Melaka.
Berhubung dengan calon khususnya calon PAS di Bukit Gantang, Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, yang telah saya kenali sebagai seorang Menteri Besar Perak dan sekarangpun beliau masih lagi Menteri Besar di negeri itu secara sahnya.
Sewaktu beliau menjadi Menteri Besar, saya sendiri beberapa kali hadir untuk berceramah dengannya telah mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari masyarakat India, Cina, kebetulan beliau ni pula dapat bercakap dalam beberapa bahasa seperti India, Cina selain Melayu dan Inggeris.
Rupanya Allah Taala menyimpan orang seperti Nizar untuk menjadi seorang Menteri Besar di Perak, sekarang ini sebagai calon di Parlimen Bukit Gatang pulak.
Di Parlimen ni kita memerlukan seorang orang mampu berhujah sebagaimana Nizar.
Untuk pilihanraya kecil kali ini sama ada di Bukit Gantang atau Bukit Selambau di Perak, pengundi harus menolak calon Umno dan Barisan Nasional (BN).
Umno ni sejak dari dahulu sehingga sekarang macam itu tiada perubahan ke arah yang lebih baik biarpun bertukar pucuk pimpinan silih berganti.
Pemilihan pucuk pimpinan baru dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, macam biasa sahaja, hanya bertukar pemandunya sahaja, sedangkan kenderaannya masih buruk yang tidak boleh membawa penumpang ke mana-manapun apa lagi ke dalam kubur.
Di alam kubur antara soalan awal yang bakal ditanyakan oleh malaikat mungkar dan nakir, iaitu ‘siapa orang ini?’ iaitu Nabi Muhammad saw terhadap semua umat manusia yang meninggal dunia.
Manusia tidak akan kenal Nabi Muhammad sekiranya hidup mereka di dunia menentang baginda sama ada dari segi aqidah, dasar perjuangan, ekonomi, social dan sebagainya.
Bila ianya tidak sama dengan ajaran yang dibawa baginda, bagaimana mereka ingin mengenali baginda.
Saya sendiri berulangkali bertanya kenapa menolak Islam serta tidak mahu menerima ajaran agama suci itu.
Saya seringkali bertanya dari bermula dari atas pucuk pimpinan Umno hingga ke bawah kenapa tolak Islam, nyatakan di mana cacat celanya Islam.
Kalau boleh beri keyakinan pada saya Islam ini tidak benar, saya boleh tolak Islam, tetapi kalau tuan-tuan tidak dapat berbuat demikian sudah tentu saya tidak akan menolaknya dan begitu juga tidak betul sama sekali.
Cuma saya ragu bila mereka menyebut tidak boleh menerima perjuangan Islam disebabkan adanya MCA dan MIC atau disebabkan mereka sendiri.
Kerana pemimpin Umno sejak awal lagi di mana belajar agama secara jelas atau teratur, sebaliknya hanya sebagai pak turut semata-mata.
Umno hanya bernabi kepada orang putih semata-mata, saya cakap terang-terang di sini.
Sebenarnya Umno yang tidak inginkan Islam dan bukannya MCA atau MIC. Dakwaan yang mengatakan akan timbul huru hara sebenarnya akibat kurangnya fahaman Islam parti itu terhadap agama suci Islam.
Saya nasihat pada semua pengundi supaya menolak calon Umno dan BN dalam pilihan raya itu nanti.
Kelantan sudah mengajar semua masyarakatnya secara Islam setelah diberi kuasa dalam pilihan raya baru-baru ini dalam ekonomi, social, politik dan sebagainya.
Petugas Pakatan Rakyat seharusnya berusaha sedaya mungkin untuk menjaga Dun Bukit Selambau dan Bukit Gantang sebaiknya agar ianya tidak dapat ditangani oleh Umno dan BN.
Kalau kiranya petugas Pakatan ‘tidur’ tidak mustahil mereka akan membuat sesuatu di luar batasan untuk memenangi pilihan raya itu.
Umno seharusnya menghentikan program perarakan di jalan raya untuk menyambut Maulud Nabi kiranya menolak ajaran Islam yang dibawa junjungan besar itu.
Sedangkan kerajaan Kelantan yang didokongi PAS menerima ajaran Baginda tidak mengadakan perarakan di jalan raya sebagai menyambut maulud nabi.
Untuk itu saya menyeru kepada semua para pengundi yang bakal membuang undi pada 7 April ini sama ada di Bukit Selambau dan Bukit Gantang supaya menolak calon Umno dan BN sebaliknya memilih calon PAS dan PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Kawasan Bukit Gantang (P059) Pada 7 April 2009
Kategori: Politik
‘Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong(tanpa mengira bangsa dan bahasa).’
Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2

Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restu-Nya dapatlah juga saya berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa hati .
Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap rakyat dalam sistem demokrasi. Ia menyentuh hak warganegara. Ia ada kaitan dengan dosa pahala dan mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya. Pilihanraya adalah medan pemilihan pemimpin yang bakal kita angkat sebagai penggubal undang-undang samada di Parlimen atau Negeri. Selaku wakil rakyat, segala bentuk kebajikan, sakit dan mati, susah dan senang; juga segala aduan dan masalah kita sepatutnya diberi perhatian oleh wakil rakyat. Dalam konteks inilah amat pentingnya kita memilih wakil rakyat yang memahami masalah serta prihatin terhadap kebajikan kita selaku pengundi.
Sepanjang menjadi wakil rakyat, Allahyarham Roslan Shaharom telah menunjukkan sikap keprihatinan yang terpuji. Sehingga akhir hayatnya, Parlimen yang diwakili oleh wakil PAS dan Pakatan Rakyat sekaligus ini tidak pernah sunyi dari sentuhan khidmat beliau baik malam ataupun pagi. Pemilihan Dato’ Seri Mohd. Nizar sebagai calun adalah galang ganti yang dikira cukup cocok untuk meneruskan khidmat amal ini. Selaku seorang yang telah diuji di kerusi Menteri Besar, tidak syak lagi Mohd. Nizar adalah pilihan calon bertaraf nasional yang setepatnya untuk kerusi P059.
Baliklah dan mengundilah dengan penuh amanah pada 7 April 2009. Inilah satu-satunya senjata dan hak kita sebagai rakyat Malaysia dalam negara demokrasi. Tentukan undi Tuan/Puan akan memulihkan corak dan rupabentuk keadilan dan memperbaiki wajah demokrasi demi masa depan negara. Mari kita keluar untuk menyatakan keyakinan dan sokongan kita kepada hanya seorang sahaja wakil dari pakatan Rakyat(PR). Dengan sepangkah undi, mari kita tolak kezaliman

“UNDILAH PAS. SELAMATKAN NEGARA”
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS.
Rayuan Pengundi Plihanraya Kecil DUN Bukit Selambau, Kedah
Kategori: Politik
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dan Salam Sejahtera
Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,
SALAM SILATURRAHIM
Setiap kali Pilihan Raya Kecil berlaku, semua orang boleh menjadi agak kelam kabut. Boleh dikatakan antara fakta, kebenaran dan kepalsuan akan menjadi semakin banyak. Namun selaku orang Islam, kita mesti sentiasa tenang. Kita kena faham bahawa kekuasaan ada kena mengena dengan pemerintahan. Hanya dengan memerintah sahajalah, kita boleh menentukan kegiatan menegakkan maaruf dan mencegah kemungkaran dapat dilakukan dengan berkesan. Alhamdulillah, Negeri Kedah Darul Makmur sedang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang komited terhadap Islam dan kesejahteraan semua rakyat.
Islam Agama Sejagat
Tanpa mengira perbezaan agama, Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah untuk semua. Ini kerana Islam itu sendiri adalah agama yang menjamin kesejahteraan untuk seluruh umat manusia. Kita menolak faham kebangsaan Melayu yang dipegang oleh Umno kerana dasar perjuangannya yang boleh membawa kepada diskriminasi. Usahkan dengan orang Cina, Siam, India; sesama Melayu itupun mereka melakukan diskriminasi. Dalam amalan Umno, hanya Melayu dalam Umno sahajalah yang menjadi ‘anak emas’.
Umno sibuk bercakap soal membela agama, bangsa dan tanah air. Usahkan agama dan bangsa yang boleh dibela; jaga Bahasa Melayu sendiripun, Umno sudah gagal.
Semangat Sekular
Selaku parti sekular, Umno telah mengurung agama sekadar berperanan di surau dan masjid. Apabila Islam tidak didaulatkan dalam sistem pemerintahan maka wujudlah pelbagai krisis akhlak, masalah rasuah, amalan kroni, masalah ketirisan, dedah, dadah, belasah, HIV dan Aids - pendek kata seribu satu macam penyakit. Belum lagi dilihat suasana perpaduan kaum yang semakin terancam.
Sokongan Terhadap Umno
Rakyat sudah tidak mempunyai keyakinan bahawa Umno dapat dipulihkan. Sudahlah terdapat seribu kes rasuah yang disahkan sendiri oleh Lembaga Disiplin Umno; cara menanganinya juga telah dilihat tidak konsisten. Ada yang pernah digantung 6 tahun, ada pula setakat 3 tahun dan ada pula sekadar diberi amaran tetapi masih boleh bertanding dan menang. Itu belum lagi dilihat pemimpin-pemimpin yang telah digantung dan dipecat. Entahlah. Semua orang boleh perhati bahawa orang yang masuk Umno tidak ada. Yang keluar ada!
Calon Pilihan Pengundi
Jika calon sebelum ini adalah seorang India, calon yang Pakatan Rakyat tampilkan pada kali ini juga adalah seorang India. Beliau akan mewakili pengundi Islam dan bukan Islam, sama ada Melayu atau bukan Melayu. Ini tiada masalah. Apa yang penting ialah saudara S. Manikumar mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perkataan kunci di sini ialah ‘Perjuangan Untuk Mencari Keadilan’. Prinsip keadilan ini adalah selaras dengan agama Islam itu sendiri. Setiap kali Khutbah Jumaat kita sekalian diperingatkan oleh semua Tok-Tok Khatib di semua masjid di seluruh dunia tentang Ayat yang bernaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (Surah An Nahl: Ayat 90).
Selagi calon kita dapat memikul tugas untuk membawa keadilan, maka ia secara tidak langsung sedang menyampaikan khidmat kepada Islam dan umat Islam. Jangan sampai kita menjadi tidak cermat di sini sehingga boleh memberi keuntungan undi kepada parti lawan yang terang-terang sudah terbukti menentang PAS, menolak Islam, bahkan mengkhianati umat Islam.
SALAM PENUTUP
Dalam suasana Umno yang telah ditolak oleh rakyat, pengundi Bukit Selambau harus berkongsi roh yang sama. Mari kita tentang Umno dengan politik wang dan pelbagai penyakit tamak halobanya. Biar Umno tenggelam dalam rasuah.
Mari kita buka babak baru dan muka surat baru dalam sejarah demokrasi untuk Malaysia mulai hari ini bermula di Bukit Selambau. Tinggalkan Umno yang bersalah dan sentiasa menimbulkan masalah. Undilah saudara S. Manikumar. Undilah calon Pakatan Rakyat.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
UMNO Tolak ISLAM, Tak Salah?
Kategori: Politik
“Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina”.(Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam). Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming.
Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini.Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?
Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.
Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.
Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.
Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.” Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa. Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.
Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.
Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah? Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?
Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman IT. Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya. Di sana ada kamera digital, adanya “youtube”, ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.
Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang “belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam? Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas “mesra al-Quran” seperti yang ada dalam rancangan “learn a word a day” atau belajarlah satu perkataan satu hari . Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau. Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam disekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60 han. Atau , kita ada IKIM, JAKIM, YADIM, dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap Negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu ;mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam.
Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian. Sikit-sikit menuntut maaf.Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit lapuran polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah. Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitif lah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang. Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya dikalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.
Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.” Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah ?
Sejak kalah di kedua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah.
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar kelantan
Tanggal: 7 April 2009

0 Responses so far.

    Followers