Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Kuala Lumpur 18 Ogos 09:16a.m | Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta Kementerian Pelajaran bertegas bagi keputusan yang telah dibuat.

Gesaan penegasan kepada kementerian berkenaan merujuk pemansuhan dasar Pembelajaran dan Penagjaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), ujar persatuan tersebut dalam kenyataan akhbar dalam laman weblog semalam.

Jelas persatuan tersebut lagi, mereka menganggap keputusan Kabinet yang diumumkan pada pada 8 Julai lepas terlalu rapuh dan boleh berubah pada bila-bila masa memandangkan terdapatnya usaha-usaha pihak tertentu yang mahu mempengaruhi pihak kerajaan secara konsisten untuk memastikan pemansuhan dasar berkenaan ditarik balik.

Dalam pada itu, persatuan yang kini diterajui oleh presiden barunya, Muhammad Faisal Abdul Aziz tersebut juga berpendapat tindakan untuk melanjutkan tempoh pemansuhan dasar berkenaan menunjukkan suatu petanda bahawa dasar berkenaan ini mungkin tidak akan dimansuhkan dan sebaliknya akan terus dikekalkan dalam sistem pendidikan negara.

Maklumat kementerian juga menyatakan terdapat juga ura-ura yang menyatakan bahawa tempoh pemansuhan dasar berkenaan berkenaan akan berlanjutan dari 2012 sehingga ke tahun 2016.

Sambil membaca kembali keputusan pemansuhkan dasar berkenaan secara berperingkat menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, persatuan itu juga menggesa agar pihak kerajaan tidak tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang dianggap ‘mewakili suara individu dan minoriti’ yang mahukan dasar berkenaan dikembalikan.

Selain itu, persatuan tersebut juga menggesa pihak kerajaan untuk menyediakan “pelan penyelamatan” kepada pelajar-pelajar yang terkorban ekoran dari dasar berkenaan khususnya mereka yang tinggal di luar bandar dengan memberikan suatu bentuk alternatif yang terbaik untuk mereka melanjutkan pelajaran.

Dalam perkembangan berkaitan, persatuan tersebut juga dilaporkan mengkritik hujah Tun Dr Mahathir dalam temu bual bersama Mingguan Malaysia Ahad lalu apabila negarawan berkenaan menyatakan bahawa jika dasar berkenaan dimansuhkan, hubungan kaum akan renggang memandangkan mereka belajar di sekolah pelbagai aliran.-mahasiswakini

0 Responses so far.

    Followers