Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

asa tidak puas menonton dokumentari "Biography Mahathir" di History Channel. Saya tertarik apabila menonton semula klip video bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menjadi Perdana Menteri memperkenalkan kad perakam waktu dan tag nama untuk kakitangan kerajaan. Kedua-dua inisiatif ini nampak mudah, tetapi menyampaikan mesej yang jelas kepada kakitangan kerajaan dan rakyat -- Dr Mahathir ingin meningkatkan produktiviti sektor awam melalui akauntabiliti.

Saya masih ingat lagi, Dr Mahathir jugalah yang menyamakan waktu antara Sabah dan Sarawak, dan Semenanjung Malaysia. Tatkala itu, waktu antara Sabah dan Sarawak, dan Semenanjung Malaysia berbeza selama 30 minit.

Tujuannya ialah supaya tidak ada perbezaan waktu untuk seluruh rakyat Malaysia. Dengan cara itu, komunikasi dan interaksi menjadi lebih mudah. Negara jiran turut mengikut keputusan tersebut. Saya masih ingat lagi bagaimana sesetengah orang tidak faham apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir. Sewaktu hampir waktu sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Kodiang, imam masjid tersebut mengisytiharkan "Mahathir nak jadi Tuhan" dan meminta bilal memacak kayu di tanah untuk melihat bayang matahari sebelum azan!

Itulah pendekatan Dr Mahathir. Apa yang beliau buat boleh dilihat dan rakyat tidak sukar menilainya.

Hari ini, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengatakan beliau berpuas hati dengan pencapaian enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Saya percaya kenyataan itu dibuat selepas melihat data yang dibentangkan oleh anggota kabinet yang bertanggungjawab bagi bidang-bidang tersebut.

Saya mengucapkan tahniah kepada Najib dan kabinet atas pencapaian itu. Bagaimanapun, apa yang penting ialah untuk rakyat melihat, menyentuh dan menghidu pencapaian itu. Merekalah yang akan membuat penilaian terhadap Najib dan kerajaan dalam PRU13 nanti. Sementara orang ramai boleh melihat maklumat mengenai pencapaian NKRA itu dalam pameran di Pusat Konvensyen Sunway pada 18 Disember ini, namun apa yang lebih penting ialah untuk mereka dapat melihat sendiri manfaatnya.

Ambil contoh bidang pengangkutan awam yang diketuai oleh Dato' Seri Ong Tee Keat. Sampai sekarang saya masih belum melihat suatu perubahan yang ketara dan boleh dibanggakan. Perkhidmatan teksi, bas, dan LRT -- kata orang utara -- "dok macam tu jugak!" Ini bukan bermaksud tidak ada perubahan. Indikator NKRA mungkin menunjukkan peningkatan. Namun, ia masih belum sampai ke peringkat yang dapat dirasai oleh rakyat.

Selagi mereka tidak dapat melihat perubahan mutu perkhidmatan teksi, bas dan LRT, selama itulah indikator NKRA tidak memberikan apa-apa makna kepada mereka.

Rakyat tak ingin melihat peratus peningkatan, mereka ingin melihat pemandu teksi mengambil semua penumpang tanpa soal.

Rakyat tak ingin melihat bar chart, mereka ingin bas tiba pada waktunya dan tidak rosak di tengah jalan.

Rakyat tak ingin melihat gambar berwarna-warni, mereka ingin melihat perkhidmatan LRT mencakupi seluruh pelusuk kota.

Dan, saya fikir itulah cabaran yang paling besar untuk Najib -- untuk menterjemahkan angka, carta dan gambar ke dalam bentuk perkhidmatan yang dapat dirasai oleh rakyat.

Ah, apa kata Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Dato' Seri Idris Jala, dua orang menteri yang diberikan tanggungjawab menguruskan KPI dan NKRA ini? 13 comments

0 Responses so far.

    Followers