Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Baru-baru ini Dr. Ridhuan Tee Abdullah menulis esei Tuduhan Penjahat Lebih Baik dari Berjahat di Utusan Malaysia.

Tulisan beliau disambut oleh seorang anak muda, Hidayat Saifudin menerusi tulisannya, Siapa yang Jahat, Dr. Ridhuan Tee?

Memetik tulisan Hidayat:

Saya akui, isu perkauman masih menjadi jajaan politik di Malaysia. Tetapi apakah Dr Ridhuan Tee bersetuju bahawa dengan menjaja agenda ketuanan Melayu yang melampau sehingga melampaui sempadan sikap dan pemikiran masyarakat itu satu bentuk jajaan politik yang sihat. Redhuan Tee menulis, yang jelas memperlihatkan sikap beliau yang sebenar dalam menulis sebuah artikel yang lompong:

Mereka sengaja mahu menguji UMNO yang ketika ini berada dalam keadaan agak tertekan disebabkan tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen dan perpecahan Melayu Islam yang amat menyakitkan.

Saya berpendirian, Melayu bukan Umno dan Umno bukan Melayu.

Melayu tidak semestinya Umno, dan Umno tidak memungkinkan kekuatan atau kelemahan Melayu. Frasa tersebut mungkin benar pada satu ketika dahulu, sewaktu Malaysia menjajat tangga kemerdekaan yang memerlukan Melayu bersatu di bawah satu wadah. Pun begitu keadaan tersebut berubah kini. Harus diakui bahawa antara faktor yang melemahkan Melayu ialah Umno sendiri. Umnolah yang mempelopori usaha menekan Melayu ‘Non-Umno’ sebagaimana yang dilakukan di Kelantan dan Terengganu sejak tahun 1959 sewaktu kedua negeri ini ditawan Pas. Pada mereka, asal saja bukan Umno, wajiblah ia ditekan.

Samalah halnya dengan apa yang berlaku di Kelantan kini perihal petroleum, dana peruntukan dan sebagainya. Jika betul Umno bela Melayu, tidak timbul isu Pas memerintah di Kelantan. Kelantan menyaksikan Melayu membentuk komuniti Melayu antara yang terbesar di Malaysia. Tetapi mereka tetap ditindas, kerana mereka Melayu ‘Non-Umno’…

Dahulu di Kelantan pernah dipopularkan satu Slogan “Umno Kuat Islam Kuat”. Islam mazhab mana yang membenarkan penindasan sesama Muslim demi kuasa, saya kurang arif. Mungkin Dr Ridhuan Tee ada jawapannya.

Dr Ridhuan Tee juga mungkin perlu didedahkan dengan muafakat Pakatan Rakyat lewat Konvensyen pertama mereka pada 19 Disember lepas, yang jelas menyaksikan bahawa Islam kekal berdiri teguh sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan menjamin agama-agama lain bebas diamalkan sebagaimana yang tertakluk dalam Perlembagaan.

Saya melihat Pakatan Rakyat juga mengambil satu langkah proaktif apabila komited untuk mewujudkan mekanisme penyelesaian masalah-masalah agama di Malaysia supaya tidak diselenggara secara semberono atau blanket-approach.

Saya menunggu hujah lanjut daripada Dr Ridhuan Tee secara spesifik di mana dan dalam keadaan yang bagaimana ‘parti ultra kiasu’ ini mahukan agama lain setaraf dengan agama Islam. Kalaulah isu perbezaan dana peruntukan masjid dan rumah ibadat agama lain jadi isu yang memanaskan Dr Ridhuan Tee, saya kira beliau gagal memahami konsep adil dalam Islam.

Apakah atas nama Islam maka kita boleh membenarkan ketidakadilan berlaku ke atas agama lain? Sekali lagi saya bertanya, Islam mazhab mana yang membenarkan? Tak salah kalau kerajaan memperuntukkan jumlah yang bersesuaian dengan kapasiti non-muslim Malaysia. yang penting, sesuai, asal saja ia menepati dan menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Mustahil Dr Ridhuan mempunyai masalah pemahaman frasa dan interpretasi.

Dr Ridhuan Tee juga mempertikaikan kononnya Pulau Pinang ’seolah-olah bukan Pulau melayu lagi’. Saya berpengalaman berkali-kali ke Pulau Pinang. Sejak di bawah pemerintahan Gerakan-BN lagi Pulau Pinang memang begitu realitinya. Kenapa disalahkan kerajaan baru yang memerintah setahun jagung? Kenapa tidak ditunding jari kepada mereka yang mewariskan masalah sedemikian lama tanpa ada penyelesaian tuntas?

Saya hanya mampu tersenyum apabila Dr Ridhuan membangkitkan soal ‘pengorbanan’ Umno apabila memberikan kerusi Parlimen Gerik kepada Gerakan. Beliau lupa, siapa yang menyumbangkan saham paling besar ke atas persempadanan semula pada tahun 2004 yang menyaksikan kebanyakan kerusi majoriti Melayu dipecahkan menjadi kerusi yang mempunyai pola pengundi bercampur, atas satu alasan sahaja: mengekang kemenangan pembangkang hasil daripada undi protes masyarakat Melayu dek kerana kes Anwar Ibrahim sebagaimana yang terhasil dalam keputusan Pilihanraya Umum 1999.

Saya masih ingat angkuhnya kata-kata Menteri yang bertanggungjawab sewaktu membahaskan pindaan persempadanan tersebut. Kata beliau, hanya parti yang gagal mengaut undi pelbagai kaum sahaja yang takut dengan persempadanan semula tersebut. Nah, 8 Mac 2008 menyaksikan siapa sebenarnya yang harus takut di saat masyarakat Malaysia sudah mula memecahkan tembok perkauman sempit.

Juga tidak lupa, respons dari Art Harun kepada Dr. Ridhuan Tee di the Malaysian Insider.

0 Responses so far.

    Followers