Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi


Apa lagi alasan yang bakal diberikan oleh setiausaha FAM Datuk Azzuddin Ahmad setelah segala – galanya terbongkar luas. Pekung yang dibuka melalui email oleh Michal Mertinyak iaitu Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok kepada akhbar Harian Metro semalam telah menceritakan segala – galanya terhadap tindakan kaki kelentong badan induk bola sepak negara ini. Hati peminat mana yang tidak kecewa setelah apa yang diwar – warkan oleh FAM sebenar bohong semata – mata.

Akhbar Harian Metro semalam yang bertajuk Raja Lawak di Slovakia memang benar – benar mengejutkan semua peminat bola sepak tanah air. Jika sebelum ini ada pihak yang beria – ia memuji tindakan FAM yang menghantar skuad muda negara menimba pengalaman bermain dalam perlawanan kompetetif diluar negara, sekarang aku diantara ribuan peminat bola sepak yang kecewa dengan tindakan FAM menipu hidup – hidup para peminat bola sepak tanah air. Mereka bersungguh – sungguh dan memekik bahawa tindakan mereka berjaya menyelamatkan nasib skuad Harimau Muda, tetapi sebenarnya tidak, mereka bukan saja menggunakan skuad Harimau Muda untuk menutup kelemahan mereka, malah sanggup menipu demi menyelamatkan diri.

Bukan itu saja, FAM juga sanggup membazirkan sejumlah wang untuk menampung perbelanjaan pasukan – pasukan yang akan menentang skuad Harimau Muda A dalam perlawanan – perlawanan “liga”. Jika dulu Datuk Azzudin berkata kepada media yang FAM bukanlah bodoh mahu menampung pasukan yang akan menentang skuad Harimau Muda A, ternyata sekarang beliau berjaya memperbodohkan para peminat dengan terbongkarnya berita yang dikeluarkan oleh akhbar berkenaan. Dan bukan itu saja, ia menunjukkan kebodohan sebenar FAM setelah pekung didada mereka terbongkar seluas – luasnya.

Haku tidak mahu mengeluarkan sebarang spekulasi berapa komisyen yang pegawai – pegawai FAM dapat setelah berita yang mengatakan FAM membayar pasukan – pasukan lawan yang akan menentang pasukan muda negara ini, tetapi bagi haku tindakan tersebut merupakan satu pembaziran kantung FAM. Mengapa perlu dibayar kepada pasukan – pasukan berkenaan sedangkan wang tersebut boleh disalurkan ke tempat – tempat yang sepatutnya seperti pembangunan diperingkat akar umbi ataupun membantu pasukan – pasukan negeri yang sedang mengalami masalah kewangan? Tidakkah ia membazirkan sejumlah wang dana yang diberikan oleh kerajaan kepada FAM untuk memajukan bola sepak negara?

Oleh itu, tindakan yang dilakukan oleh FAM ini bolehlah diibarat nasi sudah menjadi bubur, segala penipuan mereka akhirnya sudah terbongkar. Haku sangkakan FAM sudah berubah dan nasib skuad Harimau Muda A dapat diubah, rupanya tidak. FAM masih ditakuk lama, gemar bermain sandiwara. Mungkin inilah akibatnya jika jawatan – jawatan tertinggi FAM dipegang oleh ahli politik dan juga oleh orang – orang yang tidak tahu langsung pasal bola. Jika FAM tidak berubah, maknanya zaman bola sepak negara akan suram sampai bila – bila.

Kepada skuad Harimau Muda A dan juga Coach Azraii Khor, diharapkan anda semua bersabar dengan penipuan dan sandiwara FAM teruskan berlatih dan maju demi negara bukan demi mereka – mereka yang berada di atas singgahsana FAM. Sesungguhnya haku dan juga mungkin peminat – peminat bola sepak diluar sana akan terus menyokong anda dan akan terus berusaha memastikan FAM akan dapat dirombak 100% demi masa depan bola sepak negara.

Kepada FAM, tolonglah jangan menipu lagi. Penat dah orang Malaysia ditipu oleh ketirisan dan kononya semangat nasionalis membabi buta FAM. Tak kuasa kami melayan pihak FAM yang tahu makan harta orang lain. Kalau begini keadaan bola sepak negara, sampai mati pun pemain takda semangat untuk mengharumkan nama negara. Buat kerajaan malaysia (dibaca BN) dan Pak Najib Razak, tolonglah kembalikan maruah dalam diri setiap pegawai pengurusan sukan dan mana-mana entiti badan kerajaan yang lain. Kempen integriti dah buat, tapi perlaksanaannya lemah betul. Tolonglah!!!!!!!!!!!!!!!!!

P/s: bila seseorang gagal merancang, sebenarnya dia merancang untuk GAGAL.

0 Responses so far.

    Followers