Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Hubungan Malaysia-Israel amat menjolok mata semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohammad menerajui Malaysia berhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJFu0WYC0AzvC-rcxBkRPIZ33HxaXdINBsyaSlAf-fpf8WuT_kZKZfJaz4rhaeyVeSlLPqeJLhvPwC8-_9OZiZfP78TAjLI9ffnhM5MwL7nFRw0abZmDGx6oxik3naFJl6MMgYysp3qnk/s320/tun+dr+mahathir.jpgmula tahun 1981. Meski pun Dr Mahathir dilihat lantang mengecam Israel termasuk pernah bersama-sama Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor dalam Syarahan Perdana Palestin di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2002, namun, di sebalik kelantangan itu tersirat hubungan rapat dengan Israel


SEJAK selepas Malaya–Malaysia merdeka, negara ini sebenarnya telah mengadakan hubungan dengan Israel melalui pelbagai cara termasuk dagangan dan perkhidmatan perundingan imej, nasihat dan sebagainya. Meski pun dikecam pelbagai pihak, namun Malaysia yang kononnya lantang bersuara menegakkan hak rakyat Palestin yang dirampas Yahudi tanpa segan-silu meneruskan hubungan termasuk melalui beberapa pimpinan utama negara.
Sementara pimpinan tertinggi negara hanya bersandiwara dalam menjelaskan hubungan ‘istimewa’ bersama Israel.Di pentas-pentas negara Islam, Malaysia berteriakan kononnya mengecam Israel, namun dalam beberapa pertemuan sulit membabitkan kepimpinan negara dengan wakil Israel, mereka merelakan nama Malaysia ‘dibusukkan’ dengan sikap hipokrasi Malaysia.
Mutakhir ini, segala isu hubungan sulit mahupun secara terang antara Malaysia dengan Israel telah terdedah, namun kepimpinan Umno-BN yang menerajui negara masih terus menafikannya.
Hubungan Malaysia-Israel amat 'menjolok mata' semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohammad menerajui Malaysia bermula tahun 1981.
Meskipun Mahathir dilihat lantang mengecam Israel termasuk pernah bersamasama Almarhum Presiden PAS, Dato' Mohd Fadzil Noor dalam Syarahan Perdana Palestin di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2002, namun disebalik kelantangan itu tersirat hubungan rapat dengan Israel.
Berikut adalah senarai beberapa isu membabitkan hubungan Malaysia-Israel:
Tahun 1964: Mahathir dikatakan telah dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri-Presiden Umno (pada 16 Julai 1981) sehingga melepaskan jawatannya. Bahkan perlantikan ‘luar biasa’.
10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason.
Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung Umno ke-33 selaku Presiden.
Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihan raya Umno sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli.
Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Dato’ Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan akidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.
Tahun 1986: Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir-Umno merangka strategi pilihan raya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihan raya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan).
Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Dr Mahathir.
Tahun 1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan ‘anak didik Kissinger’.
6 Mac 1987: Dr Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr Noordin Sophie, Dr Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negaranegara Asean.
Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.
6 hingga 9 Julai 1994: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis.
Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana sematamata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2.
Akhirnya, Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.
16 Julai 1994 : Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting Umno dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994.
Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan–BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967.
Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.
17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata: “Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres”. ...”Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa”.
13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: “Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestin dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."
Disember 1996: Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan uraura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalu i proses damai anjuran Amerika.
Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles.
21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh rejim Mahathir.
Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat Malaysia dan bertukartukar fikiran dengan pelajarpelajar di beberapa buah sekolah di ibu negara.
Tahun 1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika -Eropah.
September 1999: Menteri Luar Malaysia iaitu Dato’ Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.
Dr Mahathir sebelum ini mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush.
Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya itu turut disalurkan kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin.
Mahathir turut menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 – Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) –yang membolehkan Amerika menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia.

0 Responses so far.

    Followers