Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi




28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Cubaan seludup dadah gagal

Mat Jusoh (tengah) menunjukkan serbuk putih yang dirampas, dipercayai dadah jenis ketamin dalam dua kejadian berasingan pada 5 Mac lalu.
KUALA TERENGGANU - Cubaan untuk menyeludup masuk dadah bernilai hampir RM1 juta melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, gagal setelah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menahan dua warganegara India.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri, Mat Jusoh Botok berkata, kedua-dua suspek yang masing-masing seorang wanita berusia 52 tahun dan lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam dua kejadian berasingan pada 5 Mac lalu, antara jam 4 hingga 4.10 petang.
Selain itu, pihaknya turut merampas sejumlah 10.845 kilogram (berat kasar) serbuk putih, dipercayai ketamin yang ditaksirkan bernilai RM813,375.
“Dalam kes pertama, pasukan kastam telah membuat pemerhatian di balai ketibaan LTSM setelah mendapat maklumat awam. Pasukan ini
kemudiannya membuat pemeriksaan ke atas bagasi suspek iaitu seorang wanita yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
“Hasil pemeriksaan, pasukan kastam menemui satu bungkusan mengandungi serbuk putih dipercayai ketamin dengan berat kasar 5.08 kilogram yang disorok dalam satu ruangan khas.
“Kita menahannya dan hasil semakan, suspek mempunyai rekod keluar masuk ke Malaysia sebanyak tujuh kali sejak 2012 dan kali pertama masuk ke Terengganu melalui LTSM,” katanya dalam sidang media di Pejabat Bahagian Penguat Kuasa JKDM di Panji Alam, semalam.
Sementara itu dalam kes berasingan, pasukan kastam yang membuat pemerhatian di luar balai ketibaan pada hari sama, kira-kira jam 4.10 petang, telah mengesan pergerakan seorang lelaki yang mencurigakan.
Jelasnya, lelaki itu juga merupakan seorang penumpang yang baru tiba dengan pesawat sama dan pihaknya mengekori teksi yang dinaiki lelaki berkenaan sebelum menahannya di Kampung Seberang Takir.
“Hasil pemeriksaan rapi yang dibuat ke atas bagasi yang dibawa lelaki terbabit, kita menjumpai satu bungkusan mengandungi serbuk putih, dipercayai ketamin dengan berat kasar 5.765 kilogram yang disorok dalam satu ruangan khas.
“Kita mendapati lelaki ini mempunyai rekod 10 kali masuk ke Malaysia sejak 2012 dan ini kali pertama ke Terengganu melalui LTSM.
“Kita percaya, kedua-duanya menggunakan LTSM sebagai laluan untuk membawa masuk dadah ke negara ini dan ini merupakan kes pertama melibatkan penyeludupan dadah melalui LTSM,” katanya.
Jelas Mat Jusoh, kedua-duanya ditahan reman selama dua minggu dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
Susulan kejadian itu, JKDM mempertingkatkan kawalan di LTSM dan akan menyemak semua transit terutama dari negara luar.
“Kita menyeru orang ramai bekerjasama dengan kastam dengan menyalurkan maklumat berkaitan dengan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan
kepada Bahagian Penguatkuasaan, JKDM melalui talian 09-6228477, 09-6204073 atau talian bebas tol 1800-88-8855.
“Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan bayaran sagu hati akan diberi kepada pemberi maklumat yang berjaya menghasilkan kes,” katanya.

Sinar harian/-

0 Responses so far.

    Followers