Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Semangat Jihad Salahuddin Al-Ayubi

Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin
telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.

Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan
sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah
perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang
menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang
memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan
tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan
perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak
tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung
medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya
benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh
pelusuk tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit
membela Islam.

Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor
peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu
perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)

0 Responses so far.

    Followers