Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Salahuddin yang Wara'

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan
kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi
sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika
sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan
sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah SAW, ia sentiasa
mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak
dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin
melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga
terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pengsan.

Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan
menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang
memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa
Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika
sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya,
keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat
gemar mendengar bacaan Al-Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk
mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu'
semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya
membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw.
Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan.

Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang
kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa
meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan.
Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak
dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun
keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu
adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan
Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabis kan masa malam itu dengan
bersembahyang dan munajat.

Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawabnya, "Ku fikir kau
mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampir subuh akupun bangun dan pergi
mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur
semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena
munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?"

Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid
Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid,
sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah SAW pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di
tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan
ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon
pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini"

Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu".

Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika
dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi
aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan
berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa
hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi"

0 Responses so far.

    Followers