Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Perang Salib Ketiga

Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada
tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam
peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia
telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian
ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah
dicurahkan ke bumi Palestin.

Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick
Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja
Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah
bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak
menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat
perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah
pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang
telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan
Julai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang
Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192 M, keseluruhannya
menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin
tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil
tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian.

Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England,
Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan
beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra
Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan
Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan
sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi
Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah
ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin.

Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi
mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di
jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh
dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah
berbelah bagi.

Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq)
telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin
memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir,
Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam
dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi
Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula
peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia
mempunyai majlis syura (musyawarah)yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan.

Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri.
Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa
yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis
itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya,
pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

0 Responses so far.

    Followers