Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Bagaimana membuang tabiat berjudi orang Melayu?
Ali Bukhari Amir
Masih
basah dalam ingatan mengenai pandangan seorang pensyarah saya berhubung
kaedah menghentikan amalan dan tabiat berjudi dalam kalangan Melayu
ini.
Iklan
Juga.. masih basah keyakinan saya bahawa penyakit
orang Melayu khasnya yang menyentuh tabiat berjudi ini boleh juga
diselesaikan asalkan saja berbekalkan kesungguhan, bermodalkan
keikhlasan. Kita mestilah optimis dan yakin tentang hal kejayaan kita
itu.
Kita telah terdengar kisah Pak Kaduk dan watak raja-raja
Melayu yang suka bersabung ayam atau berlaga lembu. Perjudian ini
sedemikian kroniknya sehingga melibatkan pertaruhan sebuah negeri!
Ertinya masalah ini timbul sejak sekian lama.
Contoh popular ialah, kisah Pak Kaduk itu sendiri dan Nujum Pak
Belalang! Dan, perjudian ini melibatkan maruah manusia yang bakal
tergadai. Anak, isteri semuanya boleh jadi jatuh ke pangkuan musuh.
Beza kisah Pak Kaduk dan Nujum Pak Belalang ialah Pak Kaduk orang
bawahan (ada riwayat menyatakan beliau kerabat raja) dan akhirnya Pak
Kaduk berasa insaf dan mahu bertaubat kepada Allah. Sedangkan, sultan
dalam kisah Nujum Pak Belalang itu masih menang dan tidak disebutkan
pula perihal dirinya yang mahu bertaubat.
Dalam tulisan ini, rasanya tak perlu kita huraikan semula kisah
bagaimana ayam sabung Pak Kaduk berpindah milik kepada baginda sultan,
tentang bagaimana beliau terjumpa ikan tapah yang berisi emas
kerongsang dalam perutnya, dan bagaimana Pak Kaduk melafazkan sumpah
supaya keturunannya tidak makan ikan tapah lagi.
Semua itu adalah himpunan kisah dan cerita-cerita yang menyeronokkan
orang Melayu untuk mendengarnya. Yang Melayu tak suka mendengarnya
ialah kisah bagaimana Pak Kaduk akhirnya bertaubat, enggan menyabung
ayam dan tidak berjudi lagi.
Diriwayatkan, selepas Pak Kaduk menjahit perut ikan tapah itu, beliau
melepaskan ikan itu ke dalam sungai. Semasa itu, Pak Kaduk melafazkan
sumpahnya:-
"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku,
anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun,
entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau
mengkianati akan Ikan Tapah. Barangsiapa melanggar sumpah ku, akan
mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan
tidak selamat hidupnya." [Sumber: Wikipedia]
Kita biasa
terdengar orang menagih dadah akhirnya berazam mahu kembali ke pangkal
jalan, pelacur berazam setelah virus HIV menjalar dalam pembuluh
darahnya, Mat Rempit berasa insaf setelah patah kakinya dalam
kecelakaan jalan raya. Tapi, kita belum pernah mendengar kisah orang
Melayu yang berasa insaf setelah tikam nombor ekor dan bermain judi.
Yang tak diambil perhatian oleh orang Melayu ialah bagaimana Pak Kaduk
pada akhirnya dengan penuh tanggungjawab telah pergi menemui raja lalu
menebus semula anak-anak dan isterinya di istana. Sikap tanggungjawab
Pak Kaduk tidak diambil perhatian, malah orang Melayu suka mendengar
perkara mistik seperti emas terkeluar dari perut ikan tapah itu.
Yang diangkat ceritanya ialah tentang keturunannya terkena sumpahan
ikan tapah dan kalau gatal-gatal akibat makan ikan itu, maka perlulah
diambil air ikan tapah untuk disapu dan dirawat pada bahagian yang
terasa gatal itu.
Manakala yang kurang diangkat ceritanya ialah bagaimana pada akhirnya,
setelah Pak kaduk bertaubat, makin kuat ibadat beliau dan akhirnya dia
diangkat sebagai pembesar oleh raja dengan tugas tertentu. Jadi, ada
beberapa kesimpulan awal yang kita boleh rumuskan sebagai iktibar
daripada kisah seperti ini.
Pertama, kita perlu yakin bahawa amalan dan tabiat berjudi orang Melayu
memang boleh dipulihkan. Kedua tabiat berjudi kelas bawahan (rakyat)
lebih mudah dirawat berbanding tabiat judi kelas atasan (bangsawan).
Ketiga, orang Melayu yang bertaubat daripada tabiat berjudi boleh
meningkat potensi ketakwaannya. Keempat, cara merawat amalan berjudi
ini ialah dengan menggunakan wangnya sendiri.
Bagaimana merawat tabiat judi menggunakan wang mereka sendiri?
Maka antara keempat-empat rumusan ini, tulisan ini akan terus menyentuh
lepada rumusan keempat, iaitu membuang merawat tabiat berjudi ini,
ialah dengan cara menggunakan wang juga.
Pak Kaduk setelah insaf maka dia dipertemukan dengan emas ikan tapah
yang menyebabkan beliau boleh menebus semula ahli keluarganya. Maka,
dengan wang (emas) itulah maka orang Melayu mungkin boleh dirawat
semula tabiat berjudi mereka ini. Kita perlu faham bahawa mereka
berjudi untuk senang, mungkin untuk berkahwin, beli rumah, atau apa
sahaja.
Tapi kalau sekarang kita tidak bertindak menyelesaikannya, maka bila
lagi kita mahu menyelesaikannya? Kita tidak boleh menunggu 5 tahun
lagi, kononnya kalau Pakatan Rakyat menang, atau pun PAS memerintah,
maka semua ini akan selesai. Hal politik sebagai langkah penyelesaian
sebenarnya melibatkan 30 peratus saja.
Selebihnya terletak pada tangan kita sendiri, rakyat yang tiada
kepentingan ekonomi juga tiada kepentingan politik dan mereka bertindak
mengikut musyawarah bersama.
Mengapa Melayu sahaja terpilih dalam bahasan ini?
Inilah pandangan dan pendirian 'madrasah' kami berhubung cara-cara dan
kaedah-kaedah terawal untuk menghentikan amalan berjudi itu. Samada
anda bersetuju atau tidak, maka hal itu terpulang kepada pendirian
masing-masing. Negara demokrasi ini secara idealnya, adalah sebuah yang
mengesahkan penyertaan orang-ramai dalam menyatakan pendirian mereka.
Syahadan, Melayu sebagai yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
adalah orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat-istiadat dan resam
Melayu dan juga beragama Islam.
Maka, merawat penyakit tabiat ketagihan berjudi dalam kalangan Melayu
adalah lebih utama dalam keadaan BN masih angkuh berkuasa dan ia
merupakan awlawiyyat atau keutamaan kita yang sangat mendesak.
Kita semua sedia maklum bahawa Barisan Nasional dalam apa keadaan
sekali pun tidak akan mengharamkan judi. Mereka akan menyita premis
judi atas alasan 'perjudian haram' kerana premis tersebut tidak memohon
lesen perjudian atau lesen judi mereka telah tamat tempohnya. Itu
sahaja pendirian Umno, BN berhubung halal atau haram perjudian di
negara kita.
Iaitu.. judi itu halal apabila ada lesen daripada kerajaan dan haram
kalau tiada lesen walaupun ajaran agama memandang perbuatan tersebut
adalah perbuatan yang keji buat selama-lamanya samada perjudian itu
memiliki lesen atau tidak.
Terbaru, 'kejayaan' kerajaan memungut cukai judi sebanyak
RM77,026,171. 04 untuk (kononnya) dana pendidikan, kesihatan dan
lain-lainnya boleh disangsikan. Wang sejumlah kira-kira RM77 juta itu
mungkin boleh menyelesaikan masalah pelajar yang dibelenggu hutang
PTPTN, rakyat mungkin sihat kerana ia disalur kepada dana kesihatan dan
masalah rakyat dikejar Ah Long mungkin selesai.
Tapi, oleh kerana wang ini wang haram dan pemimpin Umno, BN sudah gelap
mata dan tertutup pintu mata hati, maka tidak terjangkau mereka mahu
berfikir sebegini. Tidak mengapa, ini pun bukan isu yang kita mahu
bahaskan.
Yang penting, daripada keuntungan RM77 juta lebih ini, kita yakin
bahawa kerajaan tak akan sesekali membatalkan amalan mereka kerana
industri judi itulah yang akan membekalkan sumber pendapatan terbesar
buat mereka. Disebabkan oleh wang, masyarakat kita binasa pun tidak
mengapa.
Kalau nak menunggu Pakatan Rakyat, kita perlu tunggu beberapa tahun
lagi sementara masa sedang berjalan dan kita tidak boleh tinggal diam
sahaja dan terus menunggu. Entah menang atau tidak, PR menumbangkan BN
pun kita tak tahu lagi. Kita pun bukannya Tuhan.
Apa pun kita harus mencari jalan agar orang Melayu tidak berjudi lagi
dan mengalirkan wang halal dengan sia-sia kepada pihak yang akan
memberikan wang haram kepada mereka. Melalui amalan berjudi, potensi
untuk wang orang Melayu dan Islam didapati semula (jika menang) memang
tipis berbanding wang yang telah dibelanjakan.
Barangkali dalam sebulan, jangan-jangan hanya seorang dua sahaja orang
Melayu yang menang. Dan jika mereka menang duit haram pun, mereka ini
tidak akan terfikir mahu membuat kebajikan dengan wang kemenangan itu.
Pada tulisan yang seterusnnya, saya akan menulis lagi pendapat yang
agak asing dan tak masuk akal, mungkin bersalahan dengan pandangan umum
juga dan semua ini mungkin mengundang kemarahan orang Melayu yang kuat
berjudi termasuk agamawan juga mungkin. Tapi, tidak mengapa. Saya sudah
bersedia untuk mendepani segala kemungkinan itu, insya Allah.
Tetapi sebelum marah-marah dan berasa tegang ketika membaca coretan
ini, silakan menonton klip video di bawah ini guna meredakan sedikit
ketegangan anda. :)
http://www.youtube.... com/watch? v=ySFeU2mS2h4 (1)
http://www.youtube.... com/watch? v=-edloybNhgo (2)
http://www.youtube.... com/watch? v=sxhwS49F414 (3)
7:58 p.m, 15 Mac
Sekolah Pemikiran Kg Baru

0 Responses so far.

    Followers