Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu
adalahumum,
apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati
Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau
mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga
ke akhirat.
Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati
petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada
menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan
Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.
Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman
ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau
ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia
tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.
Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya
itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah,
ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan
setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya
satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.
Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun
diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan
pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat.
Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun
ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.
Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya
satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang
baik sempena Maulidur Rasul itu.
Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang
berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod
daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau
praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang
bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan
yang amat baik untuk dilaksanakan. "
Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di
Malaysia dalam hal ini.
Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan
dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi
memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.
* Dato' Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS

0 Responses so far.

    Followers