Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

LAWATI LAMAN WWW.FERIZOMAR.COM DAN WWW.PROWARIS.ORG DAFTARLAH DENGAN PROWARIS@YAHOOGROUPS.COM


PENGENALAN KEPADA RUANGAN FERIZ OMAR SETIAP SELASA UTUSAN MALAYSIA

"FALSAFAH KATALIS PERUBAHAN AGAMA DAN BANGSA, Feriz Omar semakin merayap dan sudah mula menghinggap di hati jiwa nurani setiap pemimpin akar umbi di Malaysia. Anak Bugis Johor yang lahir dari keluarga yang pernah hidup di bawah garis kemiskinan negara ini mendapat pendidikan awal dari Sekolah Agama Rakyat Johor, English College Johor Bahru dan kemudiannya melanjutkan pendidikan ke United Kingdom. Dalam wawancara penuh Mingguan Malaysia baru-baru ini, beliau mula bercerita mengenai pengalaman beliau yang pernah "diasuh dan dibasuh" oleh tokoh-tokoh seperti Tun Dr Mahathir, Tan Sri Rashid Hussain, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Shahrir Samad. Namun, apa yang lebih penting dan menarik di tengah-tengah kecelaruan politik dan ekonomi negara adalah rakyat Malaysia telah meletakkan harapan besar mereka kepada Feriz selaku Presiden, Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) yang kini dianggap sebagai salah sebuah pertubuhan yang paling relevan dalam meletakkan Bangsa Melayu dan Agama Islam di tempat sepatutnya."


UTUSAN MALAYSIA
Muka surat 34


DALAM NEGERI

Majlis Peguam Terus Dikecam
Oleh ANDIKA WAHAB
pengarang@utusan.com.my

www.ferizomar.com

KUALA LUMPUR 24 Mac - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Majlis Peguam yang sering memainkan isu menyentuh sensitiviti agama Islam.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar berkata, Majlis Peguam perlu dikenakan tindakan tegas memandangkan ini bukan kali pertama majlis tersebut bermain dengan isu melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

Katanya, majlis itu yang berlatar belakangkan perundangan sepatutnya tidak bermain dengan isu-isu sensitif kaum dan agama apatah lagi ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

''Majlis Peguam perlu tahu ruang lingkup dan bidang kuasanya dan tidak perlu mencampuri urusan keagamaan.

''Majlis ini juga kadangkala bertindak seperti NGO dan persatuan hak asasi sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat tentang peranannya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin dalam kenyataan meminta supaya kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas Majlis Peguam kerana telah melakukan tinjauan penggunaan kalimah Allah di laman webnya.

Setakat 12 Mac lepas, sebanyak 1,000 pengunjung laman web tersebut membuat undian dalam tinjauan itu.

Menurut Feriz, Majlis Peguam semakin berani bermain dengan isu-isu sensitif kerana tahu Melayu kini berpecah-belah kerana sentimen politik.

''Tapi perlu diingat, walaupun berpecah-belah dari sudut pandang politik, perpaduan menerusi benteng Islam mampu mengetepikan elemen perbezaan politik,'' tegasnya.

Feriz menambah, sebarang provokasi terhadap keputusan kerajaan terutama Majlis Raja-Raja mewartakan penggunaan kalimah Allah di seluruh negara (kecuali empat negeri) seolah-olah mencabar kedaulatan raja dan Perlembagaan negara.

Justeru, mereka perlu dikenakan tindakan tegas selain mengkaji semula Akta Profesion Guaman serta membuat pindaan segera berkenaan bidang tugas Majlis tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Fuad Hassan juga berpendapat, Majlis Peguam perlu dikenakan tindakan tegas kerana beberapa kali melakukan provokasi ke atas agama Islam.

Katanya, hukuman perlu dikenakan kepada majlis itu sebagai pengajaran kerana sering kali bermain isu akidah dan hak-hak yang melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

''Islam adalah benteng terakhir orang-orang Melayu. Jika sebelum ini soal Melayu yang dipersoalkan kita masih boleh mendongak dan menuding jari di antara satu sama lain.

''Kali ini soal agama. Walaupun Melayu kelihatannya berpecah-belah, tapi soal agama ia boleh membangkitkan perpaduan dan bakal mencetuskan persengketaan," katanya.

Menurut Fuad, Majlis Peguam yang berlatar belakangkan undang-undang sepatutnya tahu akan beberapa tindakannya sebelum ini telah melanggari peruntukan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam.

Selain itu, katanya, Majlis Peguam juga telah membelakangkan keputusan kerajaan dan raja-raja Melayu yang telah mewartakan penggunaan kalimah Allah.

''Dakyah ke atas Muslim, pluralisme keagamaan dan usaha kesamarataan yang dilakukan Majlis Peguam ini perlu dihentikan.

''Oleh itu, perlu dikenakan tindakan tegas agar tidak lagi mencerobohi bidang keagamaan terutama agama Islam," katanya.

0 Responses so far.

    Followers