Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

25 Rabiulakhir 1431H.



Pasukan keselamatan Thaland bertempur dengan pendemonstrasi di tengah-tengah ibukota Bangkok, mengakibatkan 19 orang terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera, dalam keganasan politik yang terburuk di negara itu dalam tempoh dua dekad ini.

Seorang jurukamera agensi berita Reuters adalah antara yang terbunuh ketika pihak tentera melancarkan gerakan membanteras "Red Shirt" penyokong bekas perdana menteri, Taksin Shinawatra, yang melancarkan demonstrasi besar-besaran sejak hampir sebulan lalu.

Penyokong "Reds Shirt" membaling batu ketika anggota tentera berusaha mengambil alih dua tapak demonstrasi itu dilancarkan, dengan menggunakan gas pemedih mata, manakala bunyi tembakan bergema di sekitar ibukota itu.

Mereka yang terbunuh, termasuklah 11 orang awam dan empat anggota tentera, demikian menurut pihak perkhidmatan kecemasan, sambil menambah, kira-kira 680 orang tercedera terkena tembakan peluru getah.

Ia merupakan pertembumgnan politik terburuk sejak 1992, dan di Washington, Rumah Puteh menggesa supaya kedua-dua pihak - pendemonstrasi dan pihak keselamatan - supaya bertenang.

Kesan darah kelihatan di sekitar daerah yang bersejarah di ibukota itu, berhampiran Khao San Road, manakala ambulans kelihatan mengejarkan mangsa, manakala anggota tentera yang cedera diangkut dengan trak.

"Ia amat menakutkan sekali. Kami terdengar letupan dan orang ramai bertempiaran lari," kata seorang pelancong Israel, Sharon Aradbasson.

Khao San Road berubah menjadi umpama zon peperangan. Cermin kedai pecah manakala kereta pula dirosakkan.Ramai yang cedera kelihatan di jalan raya.

Polis memberita wartawan bahawa pendemonstrasi telah menyalakan beberapa tong gas masak dan menggolekkannya ke arah pasukan tentera.

Malaysiakini/-

0 Responses so far.

    Followers