Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

8 Jamadil Awal 1431H.

Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas anggota exco kerajaan negeri Perak (gambar) dan tiga individu lain berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri. Keputusan ini membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat yang mempertahankan mereka berdua sebelum mereka menjadi pengkhianat dan penyebab kepada jatuhnya kerajaan PR Perak dalam rampasan kuasa satu masa dulu adalah benar.

Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta hari ini.

Mohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun Bota Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.

Osman dan Jamaluddin adalah bekas Adun PKR yang kini menjadi wakil Bebas.

Semua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar .

Mereka didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar di Bukit Mertajam antara 14 hingga 19 Ogos 2008.

Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Pulau Pinang.

Ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lalu untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.

Berikutan dengan keputusan yang diputuskan oleh mahkamah pada hari ini , saya menjangkakan mereka berdua akan menerima hadiah yang dijanjikan iaitu dilantik menjadi Exco kerajaan negeri. Kemungkinan untuk mereka dilantik kejawatan itu adalah sangat wajar memandangkan jasa mereka berdua kepada BN sangatlah besar sedangkan hadiah yang diterima mereka adalah tidak setimpal jasanya setakat ini.

Bagi saya katak dari jelapang, Hee Yit Fong yang telah menerima semua yang diimpikan selama dia berada dalam pakatan Rakyat. Hadiah -hadiah kepada Katak ini telah diterima semuanya menurut maklumat yang saya dapat termasuklah anugerah pangkat Datuk dari DYMM Sultan adalah hasratnya yang sering diucapkan satu masa dulu.

Namun kenapakah hadiah kepada jamaluddin dan osman tidak nampak sangat, sedangkan masa dan hayat katak ini dalam politik semakin hampir untuk tamat. Sudah pasti mereka berdua tidak akan dicalonkan lagi untuk mewakili BN bila berlaku pilihanraya pada masa akan datang, sedangkan habuan dari persaraan nampak kurang jelas.

Katak jelapang sudah sangat kenyang, dan dia sebenarnya kalaupun masih berkokok bukan untuk memanggil hujan tapi sekadar untuk seronok-seronok sahaja sebab semua yang diimpikan sudah dicapainya.

Sedangkan katak Behrang dan Changkat Jering terus berkokok kalau-kalau benar jangkaan saya dia akan dilantik menjadi Exco dalam masa terdekat.

Kalau tidak eloklah ugut BN untuk melompat sekali lagi dan pasti saudara-saudara akan dilantik kejawatan tersebut.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.

0 Responses so far.

    Followers