Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

4 Jamadil Awal 1431H.

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat (gambar) hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim.

Dr Halili Rahmat (gambar) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun beliau tidak terpilih dan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

0 Responses so far.

    Followers