Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Apabila saya menulis "Kepimpinan Laissez-Faire Nik Aziz", ada pembaca yang kurang senang kerana saya "menilai" kepimpinan Menteri Besar Kelantan. Ada yang mengatakan saya mempersoalkan peribadi Dato' Nik Aziz Nik Mat. Saya tak fikir kenyataan itu benar kerana fokus penulisan saya terhad kepada kepimpinan beliau.

Biar saya jelaskan beberapa perkara di sini:

Pertama, seseorang calon penjawat awam (istilah yang sering digunakan ialah "elected public official") mengemukakan dirinya untuk dinilai dan diberikan amanah untuk mentadbir negara. Ini bermaksud mereka menawarkan diri untuk memimpin rakyat dan menguruskan sumber-sumber negara. Apabila rakyat berpuas hati, maka mereka akan memberikan amanah tersebut dengan mengundinya dalam pilihanraya.

Kedua, sebelum dan semasa memegang jawatan itu, penjawat awam seharusnya (1) sedia untuk dikritik, (2) keputusan-keputusannya dipersoalkan dan (3) tindakannya dihakimi oleh rakyat.

Ketiga, kritikan rakyat harus berkisar kepada tugas dan tanggungjawab yang datang bersama jawatan itu. Usah libatkan anak-isteri atau keluarga yang tidak ada kena mengena dengan jawatan itu. Usah bangkitkan kecacatan peribadi (seperti rupa paras, warna kulit atau keturunan) yang tidak ada kaitan dengan keupayaannya memikul amanah itu. Usah juga memberikan gelaran buruk kepada mereka; fokuskan kritikan kepada tugas dan amanah kepimpinan tersebut.

Atas dasar itulah maka rakyat harus merasa bebas menegur Nik Aziz. Begitu juga rakyat harus bebas mengkritik Dato' Seri Najib Tun Razak, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Encik Lim Guan Eng, Dato' Abd Ghani Othman, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Dato' Seri Abd Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak (perkataan "ustaz" adalah permintaan pegawai pejabat Menteri Besar Kedah).

Kritikan-kritikan ini adalah satu proses biasa dalam bernegara.

Apa yang disebutkan ini juga mempunyai asas dalam sejarah Islam. Apabila Saidina Umar dilantik sebagai Khalifah, beliau meminta rakyat menegur sekiranya dia melakukan kesalahan. Maka, bangunlah seorang lalu berkata sekiranya Umar berbuat salah, maka beliau akan ditegur dengan pedang. Saidina Umar tidak marah, apatah lagi memberikan gelaran buruk kepada orang itu. Sebaliknya, Umar bersyukur kepada Allah kerana masih ada di kalangan umat Muhammad yang sanggup menegur beliau.

Seseorang penjawat awam tidak harus dilindungi atau merasa kebal dengan gelaran Dato', ulamak atau kerabat bangsawan. Apabila mereka menawarkan diri untuk dipilih sebagai pemimpin, maka mereka harus bersedia untuk menjustifikasi sesuatu pendapat atau tindakan.

Pun begitu, saya juga ingin menegaskan bahawa kritikan-kritikan itu tidak seharusnya menghilangkan rasa hormat, apatah lagi sayang (sekiranya ada) kepada pemimpin-pemimpin tersebut.

Sekiranya ada yang tak bersedia untuk dikritik, maka eloklah mereka meninggalkan jawatan awam. Atau lebih baik, usah tawarkan diri untuk apa-apa jawatan awam!

0 Responses so far.

    Followers