Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

  1. Ahmad Hussein Deedat dilahirkan pada 1 Julai 1918 di Surat, India. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin.
  2. Pada 1927, beliau berpindah ke Afrika Selatan untuk bersama ayahnya.
  3. Beliau pernah dihina lantaran kemiskinannya.Ini juga menjadi sebab kenapa beliau tidak mendapat pendidikan formal pada zaman keanak-kanaknya.
  4. Namun, semangat membara pada dirinya menyebabkan dia sanggup belajar Bahasa Inggeris pada usia 9 tahun.
  5. Beliau menjadi pelajar yang berjaya apabila memasuki sekolah.
  6. Pada usia 16 tahun, beliau mula bekerja di kedai buku untuk membiayai pelajarannya.
  7. Ketika beliau bekerja pada 1936, satu peristiwa telah mengubah hidupnya.
  8. Beliau telah dihina oleh sekumpulan pelatih missionari Kristian.
  9. Ini membuatkan beliau bersungguh-sungguh mahu menyanggah dakyah yang cuba dibawa missionari Kristian tersebut.
  10. Dengan izin Allah, beliau menemui sebuah buku bertajuk Izharal-Haq yang menerangkan tentang teknik berhadapan dengan missionari Kristian di India.
  11. Dengan keadaan ini juga, beliau mempelajari teknik berdebat dan mula mematahkan segala hujah missionari Kristian itu.
  12. Lama-kelamaan, bukan sahaja beliau berjaya berhadapan dengan pelatih tersebut, malah paderi dan missionari di kawasan tempat tinggal beliau juga mula terancam dengan kebolehan Deedat.
  13. Menyedari kebolehan ini, beliau mula bersyarah pada umat manusia bermula dari kelompok yang kecil hingga kepada khalayak yang lebih besar lagi.
  14. Majlis debat antara beliau dan mana-mana paderi Kristian mendapat sambutan yang hangat sehingga ada antara mereka memeluk Islam setelah mendengar perdebatan tersebut.
  15. Beliau merupakan antara sarjana yang mampu berbicara mengenai perbandingan agama dan merupakan antara individu yang mampu menerangkan tentang kandungan Injil umat Kristian.
  16. Terdapat lebih 20 karya yang berjaya diedar secara percuma kepada jutaan pembaca. Karya yang paling terkenal ialah The Choice.
  17. Islamic Propagation Centre International(IPCI) merupakan antara institusi yang diasaskan Deedat dan juga beberapa rakan beliau bagi tujuan dakwah. 
  18. Beliau turut dikurniakan Anugerah King Faisal pada 1986 di atas penghormatan dalam bidang dakwah.
  19. Namun, Allah lebih menyayangi beliau. Pada Mei 1996, beliau mula sakit dan terkena angin ahmar. Beliau lumpuh seluruh badan dan menderita selama 9 tahun.
  20. Pada Ogos 2005, beliau menghembuskan nafas terakhir di Verulam, Afrika Selatan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

0 Responses so far.

    Followers