Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Pilihan raya umum semakin dekat. Kita semua sudah lama merasai bahangnya. Walaupun ramalan demi ramalan berkaitan tarikh pilihan raya sudah tersasar, hakikatnya kita semakin mendekati hari pilihan raya. 
Pilihan raya, sebagai mana kita maklum adalah proses memilih pemimpin. Itulah sistem diperkenal serata dunia serta dicanang sebagai sistem terbaik bagi memilih pemimpin. Proses pilihan raya ini bukan suatu yang mudah. Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bakal menjadi pilihan raya penting yang pastinya ditunggu-tunggu banyak pihak.
Apa yang menarik kali ini ialah jumlah pengundi baru. Sejak 2008 hingga 2013, ada sekitar 2.5 juta pengundi baru, mencakupi peningkatan hampir 25% daripada jumlah pengundi Malaysia yang didaftarkan oleh SPR. 
Pengalaman negara kita mungkin lebih baik daripada beberapa negara lain yang seusia. Walaupun begitu kita tidak mengambil ringan mengenai ini, terutama mengenai aspek ketenteraman dan kesejahteraan. Tidak kurang susahnya dalam proses pilihan raya ini ialah peranan yang perlu dimainkan pengundi. 
Pengundi sebagai penentu kepada kejayaan sesuatu pilihan raya, bukan setakat penyelesaian teknikal, tetapi penyelesaian kepada isu pokok kenapa pilihan raya dilaksana, iaitu memilih pemimpin yang tepat dan hebat. 
Kehangatan pilihan raya lalu dan lumba politik antara 2008 hingga 2013 dikira menjadi pendorong utama bagi ramai orang yang layak mengundi untuk keluar mendaftar dan kelak membabitkan diri mereka dalam proses pemilihan pemimpin. Parti politik yang bertanding pada pilihan raya perlu berwaspada terhadap fakta nombor ini. 
Hakikatnya trend sokongan 2.5 juta pengundi baru sudah pasti memberi pengaruh besar terhadap keputusan pilihan raya, apatah lagi sukar dijangka golongan itu bakal lebih memihak kepada siapa. Dalam sistem demokrasi yang ditambah dengan perisa politik untuk kuasa dan kepentingan diri, sebenarnya mendatangkan kepayahan kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang tepat dan hebat itu. 
Dalam keadaan ini, rakyat, sebagai ‘political sovereign’ perlu lebih bijak dan matang untuk memilih. Rakyat hendaklah jauhkan emosi atau sentimen kepartian yang melampau. Ramai calon pilihan raya yang boleh menjadi pemimpin, tetapi tidak ramai yang boleh menjadi pemimpin yang hebat. 
Malaysia memerlukan pemimpin yang hebat ini. Mereka hendaklah berintegriti tinggi, berani, mempunyai kesungguhan, berwawasan, berkefahaman mengenai dunia dan akhirat. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang boleh bertoleransi dalam hal yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada agama dan negara. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang tinggi moral dan peribadinya. 
Pemimpin yang berpegang kepada amanah akan membuat kita berasa selamat. Negara juga boleh kekal aman, sejahtera dan makmur dari segi ekonomi, sosial dan politiknya. Pemimpin sebegini juga boleh memberikan kita keyakinan dan kepercayaan kerana kita percaya, resipi keamanan dan kelangsungan kejayaan negara bergantung kepada perasaan selamat. 
Perasaan selamat ini bergantung kepada keyakinan dan kepercayaan ke atas pemimpin yang dipilih itu. Maka rakyat hendaklah memilih pemimpin dengan pilihan yang tepat. Daripada jumlah 2.5 juta ini, 80% daripadanya iaitu sekitar dua juta pengundi terdiri daripada mereka yang berusia 40 tahun ke bawah. Mood golongan belia mengenai kecenderungan politik sebenarnya agak susah dibaca. Bagi mereka yang tidak teliti, hakikat mengenai sokongan politik belia mungkin disalah tafsir. 
Bagaimanapun, kehadiran 2.5 juta pengundi baru pada PRU13 bakal memberi impak besar dan pastinya mempengaruhi keputusan. Jentera pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN semestinya tidak boleh terlepas pandang terhadap jumlah besar pengundi kali pertama dan mesti mengatur strategi memenangi hati mereka pada saat akhir.

0 Responses so far.

    Followers