Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi


  1. Kalim Siddiqui dilahirkan di Sultanpur, India pada 15 September 1931. Bapanya bekerja sebagai seorang polis berpangkat sub-inspektor.
  2. Beliau mendapat pendidkan awal di Faizabad pada 1944. 
  3. Semasa di bawah pemerintahan penjajah British, beliau mendapat pelbagai tekanan dan pengalaman perit dan memedihkan. Malah, beliau pernah ditembak oleh tentera British semasa berusia 11 tahun.
  4. Pada usia yang masih mentah lagi, beliau bersama aktif dalam Liga Muslim yang menggerakkan masyarakat Muslim di India.
  5. Pada usia 17 tahun, beliau berpindah pula ke Karachi, India. Beliau mula menunjukkan bakat kepimpinannya dan bakat penulisan apabila menjadi editor akhbar masyarakat setempat, The Leader.
  6. Pada 1954, beliau berpindah ke Britain dan menceburi bidang kewartawanan. Selama 10 tahun, beliau bekerja sebagai wartawan bagi beberapa akhbar. 
  7. Pada 1964, beliau bekerja dengan majalah Guardian. Beliau mula mencipta nama apabila menjawat jawatan sebagai sub-editor bagi majalah Guardian.
  8. Beliau melanjutkan pelajaran sambil bekerja ke peringkat sarjana muda di Kolej Universiti, London dalam jurusan Hubungan Antarabangsa.
  9. Beliau menganggotai Gerakan Khilafat ketika masih di London. Beliau sering berulang-alik dari London ke Paris bagi membantah polisi penjajahan Perancis di Algeria.
  10. Kemudian, beliau menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah di kolej yang sama dan menamatkan pengajian pada 1972. Hasilnya, beliau ditawarkan jawatan pensyarah oleh Universiti Southern California.
  11. Pada 1973, beliau menubuhkan Muslim Institute for Research and Planning di London. Institusi ini ialah pusat gerakan Muslim antarabangsa yang terkenal dengan penganjuran seminar.
  12. Melaluinya, beliau dan rakan-rakan sperti Ismail Kalla dan Dr Muhammad Ghayasuddin, membebaskan umat Islam dari sistem kerangka pemikiran Barat.
  13. Beliau juga merupakan pengasas dan juga ketua editor bagi majalah Crescent International, sebuah majalah Muslim Institute yang memuakan isu terkini dalam dunia Islam. Sumbangan terbesar beliau adalah melalui analisis gerakan Islam sedunia. Beliau juga signifikan dengan aktiviti kemasyarakatan Muslim di Britain. Beliau juga mengasaskan Parlimen Muslim Britain pada 1992 sebagai simbol perpaduan umat Islam.
  14. Penulisan beliau amat dikagumi dan diingati oleh intelek Muslim di seluruh dunia. Buku pertamanya, Conflict, Crisis and War diterbitkan pada 1972. Buku ini berinspirasikan dari perpecahan dan Perang Pembebasan Bangladesh yang menyaksikan Pakistan Timur berpecah dari Pakistan dan membentuk Bangladesh. Selain itu, tulisan beliau juga banyak melihat kepada isu dalaman Pakistan serta isu gerakan Islam global. Beliau juga turut mengulas mengenai kebangkitan Islam dan Revolusi Islam Iran yang berlaku sekitar 1970-an dan 1980-an. Ini dapat dilihat melalui tulisan bertajuk The Islamic Movement-A Systems Approach pada 1976.
  15. Beliau turut bertanggungjawab merapatkan jurang Sunni dan Syiah melalui bukunya Stages of Islamic Revolution. Buku ini dilancarkan pada persidangan antarabangsa yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Islam seluruh dunia. Beliau sangat mengagumi Imam Khomeini dan melihat Revolusi Islam Iran sebagai kebangkitan pertama Islam dari cengkaman pemerintah Barat terhadap fizikal dan minda umat Islam.Beliau turut menyatakan bahawa parti berasaskan kebangsaan atau nasionalisme sekular adalah neo-kolonialisme dan menggesa rakyat untuk menjatuhkan kerajaan berasaskan nasionalisme aliran penjajah dan diganti dengan proses revolusi umat Islam.
  16. Pada 18 April 1996, beliau akhirnya meninggalkan umat Islam setelah terselamat dari 3 kali serangan sakit jantung. Beliau dikebumikan di Pretoria, Afrika Selatan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

0 Responses so far.

    Followers