Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Oleh : Muhammad Fadhil Bin Ab Kadir*
Kerajaan Bani Abbasiah bermula apabila Muhammad bin Ali, cicit saidina Abbas berusaha mengembalikan pemerintahan Islam kepada keluarga Bani Hashim. Usaha ini dimulakan pada masa pemerintahan khalifah Umar Bin Abdul Aziz (99 hingga 102 hijrah/ 717 hingga 720 Masihi). Penentangan ini sampai ke kemuncak pada ketika pemerintahan khalifah marwan II (127-133 hijrah/ 744-750 masihi) Akhirnya, Abu Al-Abas Al-Saffah berjaya menunbangkan kerajaan Bani Umayyah lalu dilantik memegang jawatan khalifah.
Pada Ketika zaman pemerintahan Bani Abbasiah, dunia Islam mengalami kemajuan yang pesat terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan. Salah satu sebab kemajuan ilmu yang terlalu hebat adalah kerana usaha menterjemahkan karya-karya Yunai, Parsi, Hindi ke bahasa Arab. Pada masa itu lahir pelbagai cendekiawan-cendekiawan yang terkenal dalam pelbagai bidang. cotohnya al-Fazari dalam bidang astronomi, Ibn Sina dalam bidang kedoktoran, al-Khawarizmi dalam ilmu aljebra, kemunculan ulama’-ulama’ mazhab seperti Imam Abu hanafi (mazhab hanafiah), Imam Malik (mazhab maliki), Imam Syafie(mazhab syafie) dan Imam Ahmad Ibn Hambal (Mazhab Hambali). Pemesatan Keilmuan Islam telah membuatkan masyarakat dunia tertarik dengan Islam dan berusaha untuk mempelajarinya.
Datangnya orang-orang monggol menghancurkan kerajaan Bani Abbasiah

Bangsa monggol pada zaman dahulu merupakan satu bangsa yang kasar, suka berperang dan berani. Antara sebab kemenangan mereka adalah kerana sifat mereka yang patuh kepada ketua yang dilantik. Zaman kebangkitan Monggolia adalah apabila berlakunya penyatuan bangsa monggolia oleh Genghis Khan yang kemudiannya mula menakluk china, dan bergerak pula ke timur tengah bagi meluaskan kuasanya. Beliau mula menakluk Samarkand, Bukhara, Khurasan, Hamadzan, Quzwain. Namun usaha Genghis Khan hanya sampai ke sempadan baghdad yang menjadi pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiah pada ketika itu. Disebabkan kerajaan pada ketika itu merupakan satu kerajaan yang kuat, lalu beliau tangguhka dahulu niatnya untuk menawan kota baghdad.
Selepas puluhan tahun berlalu, usaha untuk menakluki kota baghdad disambung kembali oleh cucu Genghis Khan iaitu Hulagu Khan. Kemunculan Hulagu Khan di medan peperangan membawa satu tekanan yang cukup hebat pada dunia Islam yang ketika itu mula menjadi lemah. Penaklukan wilayah-wilayah Islam di sekitar baghdad telah memberi amaran kepada kota baghdad bahawa suatu hari ianya akan menjadi milik orang monggol. Hulagu Khan yang bercita-cita untuk menjadi penakluk agung seperti datuknya merupakan seorang yang licik, kejam dan tidak berperikamanusian. Setiap kali beliau berjaya menakluki suatu wilayah, beliau akan mengarahkan tentera-tenteranya untuk membunuh semua orang laki-laki, orang tua serta memperkosa wanita-wanita di wilayah itu. Darah orang-orang yang dibunuh itu akan dijadikan minuman sebagai tanda kemenangan orang monggol Kekejaman serta kekuatan yang ada pada tentera monggol telah membuatkan seluruh kerajaan Islam takut untuk berdepan dengan bangsa monggol dan kebanyakkannya mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan wilayah Islam yang lain.
Jatuhnya Kota Baghdad

Setelah bertahun lamanya impian Hulagu Khan ingin menjatuhkan kerajaan Islam, maka pada Rabu 18 Januari 1258 Masihi bersamaan 656 hijrah, Kerajaan Islam yang dikagumi pada ketika itu dengan mudahnya dapat dijatuhkan oleh Hulagu Khan dengan satu penipuan yang dirancang oleh Hulagu Khan. Hulagu Khan merancang untuk menggunakan helah dengan mengkahwinkan anaknya dengan anak khalifah Musta’shim Billah sebagai satu simbol perdamaian, kemasukan tentera-tentera monggol telah disambut oleh penduduk-penduduk baghdad dengan bunga-bunga yang cantik, namun apa yang disangka tidaklah seperti itu. Kemasukan tentera monggol ke dalam kota baghdad telah memberi satu malapetaka kepada Bani Abbasiah apabila seluruh penduduk kota baghdad menjadi huru-hara kerana pembunuhan orang monggol terhadap semua lelaki yang dijumpainya, semua perempuan telah diperkosa, penduduk di kota baghdad menjadi huru-hara mencari tempat persembunyian bagi mengelakkan diri daripada dibunuh dan deperkosa oleh tentera monggol. Namun apa yang menjadi persoalannya bagaimana tentera monggol dapat menakluki sebuah kota dengan begitu mudah tanpa perlu mengorbankan tentera-tenteranya.
Sebab-sebab kejatuhan kota baghdad
Islam tidak mungkin dapat dikalahkan dengan begitu mudah oleh orang monggolia, namun terdapat beberapa punca utama pada ketika itu yang menjadi sebab-sebab kejatuhan kerajaan Bani Abbasiah yang dipandang tinggi oleh
masyarakat Islam suatu masa dahulu
1)Umat Islam Kembali Berpecah


sifat mengutamakan bangsa mula menguasai penduduk kota baghdad. Kerajaan Bani Abbasiah yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Turki, Parsi dan Arab mula merasakan bangsanya yang lebih hebat. Mereka mula mengutamakan bangsa mereka daripada memperjuangkan Islam yang satu. Kekecohan bertambah apabila ketua tentera hurnain dibunuh, dan digantikan dengan Rukunuddin al-Daudar daripada bangsa arab. Bangsa yang lain merasakan mereka telah ditindas dan merasakan khalifah musta’shim billah memilih kasih oleh kerana khalifah sendiri berasal daripada keturunan arab.
Perpecahan kaum bertambah kritikal apabila berlakunya pergaduhan diantara penduduk yang berbangsa arab dengan penduduk yang berbangsa Parsi di wilayah kirkuk. Peduduk Parsi kemudiannya membuat pakatan bagi menghalau penduduk arab dari wilayah kirkuk yang majoritinya diduduki oleh bangsa parsi. Pergaduhan tidak berhenti di sini apabila penduduk arab berundur ke wilayah Basrah dan membuat pakatan bangsa arab bagi melawan bangsa parsi di wilayah kirkuk. Semangat perkauman menjadi tidak terkawal lagi dan apa yang menjadi mangsanya adalah Islam sendiri. Ini telah menjadi satu peluang bagi Hulagu Khan untuk menawan kota Baghdad.
2)Pengkhiantan oleh Menteri yang paling dipercayai khalifah

Setelah berlakunya perlantikan Rukunuddin al-Daudar sebagai ketua tentera, ramai menteri-menteri tidak berpuas hati. Tambahan pula khalifah mengugut mereka yang tidak bersetuju dengan perlantikan ketua tentera baru akan dilucutkan jawatan sebagai menteri. Namun selepas perlantikan ketua tentera baru, Menteri yang menjadi rujukan khalifah, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami mula berdendam dengan khalifah lalu membuat pakatan untuk menumbangkan khalifah. Beliau mula mencadangkan kepada khalifah supaya mengurangkan jumlah tentera dengan alasan pendapatan negara tidak cukup untuk menampung gaji tentera. Cadangan ini diperkukuhkan lagi dengan jawatan bendahari yang dipegang oleh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami. Jumlah tentera pada ketika itu berjumlah 100,00 telah berkurang kepada 10,000 tentera tambahan pula ketika itu tentera monggol sudah berkhemah di luar tembok kota baghdad bagi merangka strategi untuk menyerang baghdad. Buka setakat itu sahaja, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami juga telah meminta bantuan daripada pihak monggolia untuk menjatuhkan pemerintahan khalifah musta’shim billah dan naikkan beliau sebagai khalifah. Dengan itu, Umayiduddin telah menjadi dalang kepada kejatuhan kerajaan Bani Abbasiah kerana beliau menjadi orang yang menjayakan segala tipu muslihat yang dirancang oleh Hulagu Khan sehingga ke akhirnya oleh kerana beliau telah menjadi menteri yang dipercayai oleh khalifah musta’shim billah.
3)khalifah yang lemah dan tidak pandai membuat keputusan

Semenjak pemerintahan kerajaan Bani Abbasiah berlangsung, khalifah Musta’shim Billah adalah merupakan khalifah yang paling lemah diantara khalifah-khalifah yang telah memerintah kerajaan Bani Abbasiah . Di saat pemerintahannyalah banyak wilayah-wilayah yang menuntut untuk memerintah sendiri dan tidak mahu bergabung dengan kerajaan Bani Abbasiah sehingga membuatkan kerajaan Bani Abbasiah menjadi semakin kecil. Tambahan pula dengan usianya yang sudah tua menyebabkan kerajaan Bani Abbasiah yang dipimpinnya kurang dipercayai oleh rakyat jelata. Khalifah Musta’shim billah juga merupakan khalifah yang sangat mudah dipengaruhi oleh orang disekelilingya. Banyak keputusan yang telah dibuat tidak dipertimbangkan dengan semasak-masaknya, sebagai contoh dalam pengurangan jumlah tentera dari 100,000 kepada 10,000 di saat tentera monggol mula menghampiri baghdad, menyetujui banyak perjanjian bersama orang monggol walaupun beliau telah banyak kali dikhianati oleh orang monggol itu.
4)Pembunuha Ulama’ Yang meniup obor Jihad
Islam merupakan agama yang suci dan satu-satunya agama yang benar di sisi Allah. Namun bangsa monggol mengiyakan pandangan itu dan mereka begitu takut dengan doa-doa ulama’ yang mudah dimakbuli Allah. Mereka juga takut dengan ulam’ yang ketika itu menjadi kepercayaan masyarakat dan menjadi peniup semangat jihad di kalangan masyarakat Islam. Oleh itu, untuk memastikan kemenangan mereka, bangsa monggolia mula mengatur pertemuan bersama khalifah dan ulama’ atas alasan ingin membuat perjanjian damai. Setelah para ulama’ tiba di khemah mereka, mereka memberi ulama’-ulama’ itu hidangan daging anjing dan babi lalu membunuhnya lalu mengugut khalifah supaya menenangkan keadaaan di kota Baghdad.
Khatimah

Urusan pentadbiran sesebuah negara bukannya sesuatu yang mudah. Namun, perlantikan pemimpin haruslah dititikberatkan oleh seluruh masyarakat. Masyarakat haruslah menilai setiap pemimpin yang ditonjolkan dan tidak mudah untuk memilih hanya dengan pengaruh luar beserta ugutan. Seseorang yang mempunyai kredebiliti yang tinggi, bijak dalam membuat keputusan, mempunyai ilmu aqidah yang mendalam serta mempunyai sahsiah yang baik haruslah ditonjolkan supaya Islam dapat diutamakan terhadap segala perkara dan apa yang dibawa tidak mendapat kemurkaan oleh Tuhan yang Maha Esa. Selain itu, perluya masyarakat bersatu dalam satu pegangan akidah yang sama, bukalah bersatu dalam sifat kebangsaan yang didoktorikan oleh golongan Yahudi kerana bencikan Islam dan ingin memastikan bahawa Islam tidak mampu untuk bangkit kembali untuk mentadbir dunia. Dalam al-Quran ada menekankan konsep kesatuan Islam

‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan bangunan yang tersusun kukuh’(surah As-Soff ayat 4)

Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah, Dan ingatlah nikmat Allah ketika kamu dahulu(masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehigga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan(ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk’ (surah Al-Imran, ayat 103)

Maka dengan ini, persatuan atas dasar Islam haruslah diutamakan daripada persatuan atas dasar perkauman kerana Islam bukanlah hanya untuk orang arab, bukan untuk orang melayu, bukan untuk orang cina, tetapi Islam diturunkan untuk seluruh umat manusia. Saidina Umar pernah menyebut bahawa beliau dimuliakan bukanlah disebabkan beliau berbangsa arab, tetapi disebabkan beliau memeluk Islam serta mengamalkan ajarannya.
Penulis merupakan Exco Informasi Dan Penerbitan (LIP)
Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM). Beliau boleh dihubungi di http://afdhatulliman.blogspot.com/

0 Responses so far.

    Followers