Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi


BAGAN PINANG, 6 Okt - Badrul Hisham Shaharin menyifatkan Umno-BN merupakan parti politik bapa kepada segala pembohong berikutan janji-janji yang ditaburkan sebelum pilihan raya tidak ditunaikan walaupun selepas menangi pilihan raya.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard itu berkata, dalam pilihan raya yang lalu Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan menyatakan untuk mengkaji supaya tidak menswastakan air di Negeri Sembilan. Namun apa yang berlaku selepas memenangi dalam pilihan raya, air masih diswastakan.


"Kos kehidupan rakyat semakin meningkat dengan bebanan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang. Tetapi sedara tau tidak sedar bahawa kos kehidupan untuk ahli tentera tidak dinaikkan," ujarnya merujuk cadangan kerajaan yang mahu menjadikan Port Dickson sebagai 'Bandar Tentera Darat', walhal kebajikan tentera terutama yang telah bersara masih tidak terurus baik.


Beliau dalam ceramahnya malam tadi turut mengedarkan 2 bentuk VCD yang mengandungi pendedahan scandal jenayah menteri umno iaitu Menteri Pertahanan hinggakan menjadi kes polis atas cubaan membunuh. VCD kedua pula berkaitan dengan interview Siapa Rosmah Mansor?.


0 Responses so far.

    Followers