Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

suhakam

trans3

Memorandum Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bagi Kes Prosiding Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Universiti Malaya (UM)

1.0 Pengenalan

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) merupakan sebuah pertubuhan mahasiswa yang dianggotai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indenpenden (KAMI) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). SMM memandang serius terhadap tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap 8 mahasiswa UM.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak Universiti Malaya (UM) adalah tidak profesional. Pihak Universiti Malaya telah mengenakan tindakan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelaja-Pelajar) di bawah Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) terhadap 8 aktivis mahasiswa kerana mengundang ‘pihak luar’ menghadiri acara di UM. Jika didapati bersalah oleh pihak universiti, 8 orang mahasiswa boleh dikenakan tindakan, antaranya diberi amaran keras, denda tidak melebihi RM200, digantung atau dipecat daripada universiti berkenaan. Jika mereka gagal hadir ke prosiding tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan penggantungan dengan serta-merta.

Tujuan utama memorandum ini adalah bagi mendedahkan pencabulan hak asasi oleh pihak universiti dalam menjalankan tugas di kampus. Justeru memorandum ini disediakan sebagai bukti kesungguhan mahasiswa dalam memeperjuangkan hak asasi mahasiswa. Sehubungan itu, memorandum ini diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia untuk diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya bagi menjamin masa depan dan hak asasi mahasiswa.

2.0 Tajuk Memorandum:

Ketidakpuasan terhadap tindakan Universiti Malaya (UM) mengenakan tindakan tatatertib ke atas 8 aktivis mahasiswa.

3.0 Latar Belakang

3.1) Saw Yee Fung dan 5 mahasiswa PBCUM

Saw Yee Fung dan 5 mahasiswa yang dikenakan oleh tindakan tatatertib merupakan pemimpin and ahli Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM). Mereka dikenakan tindakan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelaja-Pelajar) di bawah Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) atas sebab mengundang ‘pihak luar’ menghadiri acara di UM.

Kronologi

Tarikh Insiden
8hb September 2009 Aktivis-aktivis PBCUM telah menganjurkan pertandingan debat dalam bahasa Cina berjudul ‘Antara Pakatan Rakyat dan BN: Yang Mana Lebih Menggelisahkan?’ Mereka telah mengundang Teresa Kok (EXCO kanan Selangor), Wong Nai Chee (ahli jawatankuasa pusat MCA) dan Koh Kok Wee (DJ Radio 988) untuk mengadili program debat tersebut. Selain itu, Teoh Nie Ching yang merupakan wakil rakyat DAP Serdang dan Victor Gu, seorang pemimpin MCA Selangor juga dijemput sebagai pendebat di acara itu.

Sebelum pertandingan debat bermula, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah menelefon pihak panganjur PBCUM untuk memberi amaran. Alasan yang dibagi adalah kerana aktiviti yang dianjurkan mempunyai unsur politik. Tetapi pertandingan debat itu masih dapat diteruskan tanpa sebarang masalah.

7hb Oktober 2009 Saw Yee Fung dan 5 mahasiswa dipanggil untuk menghadiri satu prosiding yang ditetapkan pada 12hb Oktober 2009 pada pukul 11.30am. Tujuan prosiding tersebut adalah untuk menentukan sebarang tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka atas pelanggaran sebarang tatatertib universiti, manakala tuduhan yang dikenakan adalah mengundang ‘pihak luar’ menghadiri acara di UM.
12hb Oktober 2009 Prosiding terhadap mahasiswa UM yang dituduh telah ditangguh tanpa pemberitahuan tarikh. Tiada sebarang alasan yang kukuh diberi untuk penangguhan tersebut.
13 Oktober 2009 Notis kepada mahasiswa-mahasiswa terlibat dikeluarkan oleh sekretariat jawatankuasa tatatertib pelajar UM. Tuduhan juga diubah daripada mengundang ‘pihak luar’ manghadiri acara di UM kepada membenarkan ‘pihak luar’ menghadiri aktiviti di UM. Prosiding telah ditangguh ke 20hb Oktober 2009 dan akan dijalankan di fakulti kejuruteraan Universiti Malaya pada jam 10.30 pagi.

3.2) Muhammad Haafizuddin Abererah dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik

Muhammad Haafizuddin Abererah dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik meruapkan ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Mereka dituduh menjemput setiausaha kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk melibatkan diri dalam mesyuarat agung persatuan tersebut.

Kronologi

Tarikh Insiden
14hb Mac 2009 Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia dijemput oleh PMIUM bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan serta memberikan ucapan dalam program berkenaan. Mesyuarat Agung tersebut diadakan di Auditorium Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya dan bermula pada pukul 9.30 pagi.
7hb Oktober 2009 Muhammad Haafizuddin Abererah dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik dipanggil untuk menghadiri satu prosiding yang ditetapkan pada 12hb Oktober 2009 pada pukul 11.30am. Tujuan prosiding tersebut adalah untuk menentukan sebarang tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka atas pelanggaran sebarang tatatertib universiti, manakala tuduhan yang dikenakan adalah mengundang ‘pihak luar’ menghadiri acara di UM
12hb Oktober 2009 Prosiding terhadap mahasiswa UM yang dituduh telah ditangguh tanpa pemberitahuan tarikh. Tiada sebarang alasan yang kukuh diberi untuk penangguhan tersebut.
13 Oktober 2009 Notis kepada mahasiswa-mahasiswa terlibat dikeluarkan oleh sekretariat jawatankuasa tatatertib pelajar UM. Tuduhan juga diubah daripada mengundang ‘pihak luar’ manghadiri acara di UM kepada membenarkan ‘pihak luar’ menghadiri aktiviti di UM. Prosiding telah ditangguh ke 20hb Oktober 2009 dan akan dijalankan di fakulti kejuruteraan Universiti Malaya pada jam 10.30 pagi.

4.0 Antara perkara yang menindas hak asasi manusia:-

Kebebasan Bersuara Mahasiswa

Universiti Malaya (UM) merupakan sebuah institusi pengajaran awam yang dihormati di Malaysia. Malah, university tersebut telah diiktiraf sebagai universiti yang ke-180 terbaik di dunia pada tahun 2009 oleh Times Higher Education. Sebagai university yang cemerlang, ia mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi dan menghormati Artikel ke-10 Perlembagaan Malaysia serta Artikel ke-19 dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) yang memperuntukkan kebebasan bersuara.

Tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap 8 orang mahasiswa yang hanya mengadakan aktiviti perbincangan bersifat ilmiah dan intelek jelas mencabuli hak mahasiswa. Selain itu, tindakan tersebut juga tidak mencerminkan kebebasan akademik oleh universiti. Universiti sepatutnya mempunyai tanggungjawab dalam menyediakan keadaan konduksif yang menggalakan penglibatan mahasiswa dalam perbincangan isu-isu semasa negara.

Universiti juga perlu menggalakkan mahasiswa-mahasiswa menglibatkan diri secara aktif dalam dialog yang merangsang pemikiran mahasiswa dengan menjemput pendebat atau tokoh yang berilmu dan terkenal. Ini dapat menggalakkan pertukaran pendapat yang sihat dan berfaedah untuk semua mahasiswa.

Pihak Universiti Malaya tidak seharusnya menghadkan sebarang aktivism mahasiswa atas alasan berunsurkan politik. Sebaliknya, pihak universiti perlu menggalakan mahasiswa berkomunikasi dan berinteraksi dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira faham politik dan ideologi. Dengan menghadkan sebarang perbincangan secara intelek akan memberikan kesan yang buruk terhadap kredibiliti universiti.

Tuntutan-tuntutan:

1) Membatalkan semua tuduhan dan tindakan tatatertib terhadap 8 orang mahasiswa serta-merta dan tanpa sebarang syarat.

2) Menghormati autonomi mahasiswa dalam mengadakan aktiviti serta menghentikan segala intimidasi terhadap mahasiswa-mahasiswa.

3) Mematuhi dan menghormati kebebasan bersuara mahasiswa seperti yang terdapat dalam Artikel-19 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Artikel-10 Perlembagaan Malaysia.

Daripada

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Tarikh: 16 October 2009 (Jumaat)

0 Responses so far.

    Followers