Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi


BAGAN PINANG, 6 Okt - Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PAS, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bercanggah dengan perlembagaan negara dan peraturan pilihnraya, bahkan boleh dianggap sebagai satu ugutan yang tidak patut dipatuhi.


Mengulas lanjut perkara tersebut, beliau berkata, mana-mana parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera yang dikatakan sebagai tidak benar.


"Tidak ada dalam perlembagaan atau dalam mana-mana undang-undang dalam negara kita, pengundi tidak boleh mendengar apa-apa pendapat atau kempen dari parti,


"Arahan itu sebenarnya bercanggah dengan perlembagaan bahkan tidak ada dalam peraturan pilihanraya," ujarnya.


Justeru itu katanya, jika ada arahan sebegitu, bermakna arahan tersebut tidak patut dipatuhi. Ianya bukan sahaja melanggar etika tetapi melanggar peraturan dan boleh dianggap sebagai ugutan.


Tegasnya, PAS akan terus berkempen dalam kem tentera kerana ia tidak akan menggugat keselamatan dan menurutnya ’track record’ PAS dalam kempen pilihanraya sebelum ini adalah bersih.

0 Responses so far.

    Followers