Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi


Lembah Pantai 20 Okt 76:28 a.m │ ‘Kita masih tunggu komen dan maklum balas, masih ‘bagi chance’ pada beliau (Khaled),’ respon Shazni Munir Ithnin, Pengerusi Soladariti Mahasiswa Mahasiswa (SMM) awal pagi ini.

“Tak kan Menteri pun perlu beri masa kecederaan macam mahasiswa hantar assignment (kertas kerja) di kampus, perlu postpone (tunda) ke tarikh seterusnya dan seterusnya, jangan jadi macam budak-budak,” tambah beliau sinis.

Beliau yang ditemui di perkarangan pejabat Hel Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) menyatakan masih memberi peluang kepada Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menjawab persoalan dan maklum balas berkenaan sistem pengundian elektronik (E-Undi).

Semalam front mahasiswa berkenaan bersama Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) menyerahkan memorandum kepada timbalan menterinya Datuk Saifuddin Abdullah di Parlimen berkenaan isu E-Undi dan tindakan prosiding 8 siswa Universiti Malaya yang dijangka bermula pagi ini.

Dua siswa berkenaan dari Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM ) iaitu Muhammad Haafizuddin Abererah, mantan presiden dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik, ahli biasa dituduh bersalah membawa masuk ahli politik dalam suatu program rasmi UM.

smm_parlimen

Pada 16 Mac lalu, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Setiausaha kepada Menteri Besar Selangor, diundang menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung persatuan tersebut.

Manakala,keenam-enam pemimpin Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM) turut mendapat pendakwaan yang hampir sama kerana menjemput Adun Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Wong Nai Chee sebagai panel Hakim dalam suatu pertandingan debat rasmi Universiti.

BANTAH sebelum ini mengeluarkan kenyataan desakan kepada Khaled bagi menjawab persoalan berkenaan sistem pengundian tersebut.

Khaled yang telah menerima memorandum daripada BANTAH di Universiti Putra Malaysia (UPM) 11 Oktober lalu, walaubagaimanapun berjanji akan menjawab dan member respon – setelah menolak untuk ditanyakan soalan kritikal dan terus menjawab.

aizatMohd Aizat Salleh, pengerusi BANTAH kemudiannya memberikan 3 hari masa kepada menteri berkenaan – selepas telah memberi beberapa hari peluang merangka jawapan, namun tetap tiada maklum balas.

“Dia (Khaled) hampir tak ada jawapan pada (soalan) kami,ini ciri-ciri kesediaan untuk jalankan sistem ini (E-Undi) ? ,” tambah Aizat.

Menjawab persoalan debat dengan menteri tersebut, front tersebut menyatakan kesediaan mereka yang sepenuhnya, cuma masih lagi mengumpul sokongan dari pelbagai kampus termasuk Sabah Sarawak setelah sokongan penuh universiti di Semenanjung.

Cabaran debat bersama menteri berkenaan dinyatakan pada sidang media semalam jika beliau masih “tidur-tidur”.-mahasiswakini

0 Responses so far.

    Followers