Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

BAGAN PINANG, 7 Okt - Baru sahaja Pemuda PAS mendedahkan pengakuan seorang bekas sarjan yang mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum.


Diikuti dengan pendedahan eksklusif seorang Lt. Kolonel (B) Malakan dari Rejimen Askar Melayu dalam VCD penerangan PAS dan Harakah.


Kini, satu lagi pendedahan dari Brigadier Jeneral (B) Arshad yang memberitahu beliau dimaklumkan bahawa anggota tentera yang hadir semasa majlis pengisytiharan Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri mendapat RM 300 setiap seorang.


Arshad dalam blognya menulis:

"I received a call from Port Dickson to confirm that the people who attend the recent function where PM Najib had announce the renaming of Port Dickson as the Army Town had received an envelope containing cash worth RM300. How fortunate are these people to be receiving such largesse from our generous PM, and if only I knew, I wouldn't mind lining up among the mass to receive the cash that is more than sufficient to pay off my petrol expenses".


Persoalan disini, jika tentera hadir sekejap majlis bersama PM di Bagan Pinang boleh dapat RM 300 , orang awam , orang kampung di Bagan Pinang dapat berapa ? Yang gantung bendera pula dapat berapa ?


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terpaksa menjawab persoalan ini. 'menafikan' laporan ini sekiranya pemberian tersebut benar-benar tidak melibatkan politik wang dalam tentera.


Bukan ini caranya dikatakan mengiktiraf jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sepatutnya kerajaan dahulukan keperluan tentera yang tinggal dalam kem, kembalikan hak mengundi tentera seperti warga Malaysia yang lain, kebajikan selepas bersara sebelum mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat hanya tinggal sebagai satu sebutan sahaja selepas pilihanraya kecil ini.


Cerita sepenuhnya di http://mindnoevil.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-and-promotion-in-army.html

0 Responses so far.

    Followers