
8 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA
 LUMPUR, 6 Okt: Isu cincin bernilai RM77 juta yang diposkan kepada 
isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur dan dikatakan telah 
dipulangkan terus hangat diperkatakan.
Ini
 kerana, jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri 
Aziz telah mengesahkan cerita kewujudannya dan kini masing-masing 
tertanya 'apakah benar ia telah dipulangkan'.
Dalam
 jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan 
Perdana Menteri berkata, Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa 
cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat 
miliknya.
Kolumnis
 terkenal Harakahdaily yang juga bekas pemimpin PAS, Haji Subky Latif 
dalam kolumnya kali ini mengulas panjang mengenai isu ini dari segi 
lojiknya.
"Menteri
 Nazri dalam jawapannya kepada  soalan mengenainya di Parlimen 
memberitahu bahawa cincin itu telah dikembalikan kepada syarikat 
pemunyanya.
"Apabila
 ia telah dikembalikan kepada sipengirim, bererti pernah  dibawa masuk 
ke negara ini dan dihantar kepada Rosmah di alamatnya.
"Bagaimana
 ia dibawah masuk telah didedahkan oleh Cikgu Bard. Bagaimana ia 
dipulangkan tidak pula diketahui," tulis Subky dalam kolumnya di sini.
Penafian
Sebelum
 ini, apabila ia didedahkan Cikgu Bard (gambar) atau nama penuhnya 
Badrul Hisham Shahrin, para blogger Umno menghentam balik beliau dan 
Rosmah pula menafikannya.
Ogos
 lalu, Perdana Menteri dalam temu bual dengan akhbar Kompas telah 
menafikan isterinya ada membeli cincin berlian yang nilainya 
berjuta-juta ringgit.
Akhbar
 Kompas telah memohon maaf kepada Najib atas laporannya, disiarkan pada 4
 Ogos lalu, tetapi misteri kekal mengapa cincin dari Jacob & Co New 
York dialamatkan kepada Rosmah.
Persoalan timbul sama ada nama Rosmah telah digunakan dengan pengetahuan beliau ataupun sebaliknya oleh elemen-elemen jenayah.
Rosmah dalam satu kenyataan pada akhir Julai lalu telah menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah.
Dalam
 kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin muncul, Rosmah menyifatkan
 dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan 
tiada masa mahu melayan perkara itu.
Rosmah
 berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi 
tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda 
pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.
“Tak
 ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan 
perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (pemblog) saja hendak cakap 
(tuduh),” kata beliau.
Gerakan
 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak penafian isteri Perdana 
Menteri, Rosmah Mansor sebelum ini bahawa beliau bukan pemilik sebentuk 
cincin berlian RM24 juta yang diimport dari Amerika Syarikat.
Pengerusinya
 Badrul Hisham Shaharin berkata penafian Rosmah tidak boleh diterima 
kerana ia tidak menangani isu dokumen-dokumen Kastam bersabit cincin itu
 yang dikemukakan oleh SAMM kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah 
Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.
Menurut
 Badrul, tabiat boros Rosmah akhirnya akan memberi kesan kepada 
pentadbiran negara yang berada di bawah naungan suaminya sendiri.
Beliau
 berkata ada bukti jelas dalam rekod kastam menunjukkan kemasukan 
sebentuk cincin berharga lebih RM24 juta pada 16 April lalu atas nama 
beliau sebagai penerima.
“Sikap
 boros dan sombong beliau yang kita lihat banyak sangat menghancurkan 
negara ini dan kerana itu Rosmah boleh cakap apa sahaja seperti juga 
Imelda Marcos yang langsung tidak mempedulikan protes dan suara rakyat. 
Dan akhirnya kehancuran Marcos penyumbang besarnya adalah 
Imelda,”katanya kepada Tv Selangor.
Badrul
 berkata, beliau tidak membuat sebarang tuduhan melulu ke atas Rosmah, 
namun ia bersandarkan kepada bukti yang dibekalkan kepada pihaknya.
“Mengenai
 cincin ini saya tidak melemparkan sebarang tuduhan cuma saya 
mengeluarkan pada peringkat awalnya pada 8 Julai beberapa dokumen yang 
membuktikan ada kemasukan sebentuk cincin belian berharga RM24.45 juta 
yang dalam nama penerima ada tertera nama Rosmah Bin Mansor.
“Jadi saya bangkitkan dan minta untuk Rosmah atau mana-mana pihak untuk menyatakan kebenaran,”katanya lagi.
harakahdaily/-
