
7 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Saya
 memetik berita reaksi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad 
terhadap pembentangan belanjawan 2012 Pakatan Rakyat tiga hari sebelum 
pembentangan bajet 2012 oleh PM Najib Razak Jumaat ini. Dr M dipetik 
sebagai berkata: “(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu 
belanja,
”
  “Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti 
minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan 
menang (pilihan raya),” katanya. “Ini biasa malah Obama (Presiden AS 
Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) 
tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah” 
katanya.
Saya ingin bertanya: ‘Adakah Tun telah meneliti belanjawan tersebut?’
Apakah
 hanya kerana belanjawan itu dibentang dan dicadangkan oleh Pakatan 
Rakyat, lalu ia diperlekeh dan dipandang rendah? Mengapa ia tidak 
diperhalusi terlebih dahulu? Adakah kerana ia dibentang oleh musuh 
politik yang juga mantan Timbalannya dahulu lalu ia ditolak 
mentah-mentah?
Tidakkah
 pembentangan ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat juga mampu 
menyediakan belanjawan sebagaimana BN juga? Justeru, kalau ada pandangan
 yang mengatakan bahawa hanya BN sahaja yang mampu membawa kesejahteraan
 dan kemakmuran, tidakkah itu ayat yang mengandungi unsur syirik 
namanya?
Kalau
 benar pembentangan belanjawan oleh Pakatan Rakyat ini membawa manfaat 
buat rakyat, selain menjadi alternatif dan saingan sihat kepada bajet 
oleh BN nanti, mengapa Tun tidak melihatnya dari sudut positif yang 
memberi kebaikan kepada rakyat? Atau dendam kesumat dan benci kepada 
Pakatan Rakyat ini tidak dapat dibendung langsung, lantas menafikan 
kebaikan yang ada dalam belanjawan Pakatan Rakyat ini?
Secara
 serius, saya harap ada pakar-pakar ekonomi di Malaysia yang memberikan 
komen membina terhadap belanjawan Pakatan Rakyat dengan melihat secara 
jujur belanjawan ini, berdasarkan nilai taqwa dalam diri, 
dan
 mengutamakan maslahah dan kepentingan rakyat teramai dari hanya 
menjadikan kekayaan negara ini beredar di kalangan mereka yang 
berkepentingan sahaja, dan mereka yang berkepentingan itu ada di 
antaranya sudah bersara dan sedang berihat menikmati kekayaan negara 
yang sudah dibolot itu.
Penulis adalah Ketua Lajnah Penerbitan & Penyelidikan, Dewan Ulama PAS Terengganu.
harakahdaily/-
