
8 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Khalid berkata DAP lebih liberal dalam isu hudud berbanding dengan Umno. — Foto fail
KUALA
 LUMPUR, 6 Okt — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Khalid Samad mendakwa
 sikap Umno berdolak-dalik dalam isu hukum hudud menunjukkan parti itu 
menggunakan sentimen agama dan bangsa demi kepentingan dan kelangsungan 
politiknya.
Beliau
 yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam turut menyelar parti terbesar 
orang Melayu itu sebagai pengadu domba antara PAS dan DAP ekoran dakwaan
 kononnya ada konflik antara parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam isu
 semasa.
“Timbalan
 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah berkata negara kita 
boleh laksanakan hudud, tapi bila MCA dan Gerakan ugut keluar parti 
(BN), Perdana Menteri terus tolak hudud,” ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS 
Selangor ini.
“Umno
 dan DAP ini sama taraf, masing-masing tak faham Hudud, tapi DAP kita 
boleh terimalah, mereka bukan Islam, masuk akal, tapi Umno ini Melayu 
Islam, pun tak faham juga,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Rapat
 Rakyat di Markas PAS Pusat di sini malam tadi.
“DAP walaupun menentang, mereka tidak menghalang, sekadar menolak cadangan PAS kerana tidak mendapat kefahaman yang betul.
“Umno
 bukan sahaja menentang, malah terus halang Pakatan Rakyat melaksanakan 
undang-undang Islam itu,” kata Ahli Parlimen Shah Alam ini.
Tambah
 Khalid, DAP bersikap lebih liberal terhadap hudud walaupun terdapat 
perbezaan dasar dalam isu itu berbanding Umno yang ternyata terus 
menutup pintu terhadap penggunaan undang-undang hudud di negara ini.
Pendirian yang sama turut dikeluarkan oleh bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Malah,
 Nizar turut menolak kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 
semalam berkenaan pemansuhan akta-akta keselamatan termasuk Akta 
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai idea Umno.
“Perdana
 Menteri sebenarnya lupa Pakatan Rakyat dah buat tuntutan agar 
memansuhkan akta-akta ini sejak 20, 30 tahun lepas lagi,” katanya.
“Bila
 mereka dah mansuhkan, kemudian mengaku itu idea mereka,” tambah Nizar 
sambil menegaskan, kerajaan menggunakan isu itu demi meraih sokongan 
pengundi pada pilihan raya umum ke-13.
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas Raja Dangdut, Iwan Shahman.
malaysian insider/-
