
30 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pinjaman bernilai RM55.1 bilion tanpa sokongan jaminan kerajaan.
Bagaimanapun,  Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati hanya satu daripada 13  peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut.  Peminjam berkenaan diberi pinjaman RM21.3 bilion.
Daripada  12 baki penghutang tersebut, dua daripadanya dikecualikan daripada  jaminan kerajaan kerana mereka mempunyai penarafan kredit yang tinggi.
Pinjaman kepada kedua-dua pihak berkenaan berjumlah RM7.3 bilion.
(Penjelasan  dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam  laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 -  menyebut kedua-duanya ialah Khazanah Nasional Berhad dan Tenaga Nasional  Berhad).
Menurut Laporan Kedua Audit Negara itu lagi, KWSP
juga telah meluluskan 15 pinjaman bernilai RM35.69 bilion sehingga 31 Disember 2010.
Daripada  15 pinjaman yang diberikan - menurut Laporan Ketua Audit Negara itu -  dua telah diluluskan kepada syarikat bukan subsidiari kerajaan walaupun  mempunyai jaminan kerajaan - masing-masing bernilai RM1.24 bilion dan  RM5 bilion.
(Penjelasan  dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam  laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 -  menyebut kedua-duanya ialah Assets Global Network (AGN) dan Valuecap Sdn  Bhd.)
KWSP  menjelaskan AGN dimiliki sepenuhnya Syarikat Menteri Kewangan  Diperbadankan (MKD) dan oleh itu, merupakan syarikat subsidiari  kerajaan.
Valuecap  dimiliki oleh tiga syarikat induk, iaitu Khazanah, Kumpulan Wang Amanah  Pencen (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan masing-masing  memerang peratus kepentingan yang sama.
Menurut  penjelasan itu lagi, Valuecap adalah mirip kepada agensi kerajaan  memandangkan dua daripada pemegang sahamnya adalah merupakan agensi  kerajaan.
malaysiakini/-
