
19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
PELANCAR  peluru berpandu ‘Hsiung Feng II’ dipamerkan pada hari kebangsaan Taiwan  sempena ulang tahun revolusinya yang ke-100, dua minggu lalu.
Taiwan ambil tindakan selepas Vietnam guna jet pejuang 
TAIPEI:  Taiwan meluluskan rancangan untuk menempatkan peluru berpandu di  kawasan tuntutannya di Laut China Selatan ketika kebimbangan semakin  disuarakan mengenai berita bahawa negara lain yang menuntut kawasan sama  sudah memperkuatkan kekuatannya di wilayah perebutan.
Jawatankuasa Pertahanan Taiwan meluluskan cadangan untuk mengekalkan unit pengawal pantai di pulau Taiping dan Pratas.
Menteri  Pertahanannya, Kao Hua-chu menyarankan unit pengawal pantai memerlukan  sistem pertahanan udara maju seperti peluru berpandu Tien Chien I  berbanding peluru berpandu era Chaparral 1980 an. 
Enam  negara termasuk Taiwan, Vietnam dan China menuntut sebahagian atau  keseluruhan Kepulauan Spratly yang kaya dengan sumber minyak. 
Penggubal  undang-undang, Lin Yu-fang berkata penghantaran peluru berpandu perlu  berikutan laporan kerajaan baru-baru ini mengenai Vietnam menempatkan  tentera di kawasan itu. 
Vietnam  dilaporkan menghantar jet pejuang buatan Russia Su-27SK dan Su-30MK2  serta ribuan tentera laut di wilayah pertikaian itu. 
Memberi  maklum balas terhadap langkah Taiwan itu, Filipina semalam berkata  pihaknya sudah bersedia mempertahankan kawasan tuntutan di Laut China  Selatan tetapi enggan menyifatkan rancangan Taiwan menghanatar peluru  berpandu ke kawasan itu sebagai sesuatu yang perlu dirisaukan. 
Jurucakap  Jabatan Pertahanan, Zosimo Jesus Paredes berkata negara itu menikmati  hubungan baik dengan Taiwan dan percaya cadangan itu membekalkan peluru  berpandu kepada unit pengawal pantai di kawasan itu dan dakwaan itu  bukanlah ancaman kepada Filipina. 
“Kami  tidak boleh memberitahu Taiwan apa yang boleh atau tidak boleh dibuat.  Selagi mereka tidak memasuki kawasan yang sudah diduduki, kami tiada  masalah. Hidup dan terus hidup,” katanya. 
Bagaimanapun,  katanya Manila bersedia untuk mempertahankan hulu pulau kecil itu yang  kini sudah diduduki di Spratly. Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut. 
China  menuntut keseluruhan Laut China Selatan termasuk Spratly, kumpulan  pulau dan pulau kecil yang dipercayai mempunyai simpanan minyak dan  mineral. 
Sementara  itu, Amerika Syarikat merayu supaya bertenang Jumaat selepas Taiwan  nampaknya bersedia menghantar peluru berpandu ke Laut China Selatan  kerana bimbang dengan dakwaan negara musuh membina pertahanan di pulau  yang menjadi perebutan. 
“Kami  meminta semua pihak menuntut supaya menyelesaikan pertelingkahan  menerusi cara damai mengikut undang-undang antarabangsa dan tanpa  menggunakan ancaman kekerasan,” kata jurucakap Pentagon, George Little. –  Agensi
