
26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Bandar  Seri Iskandar – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit menggesa agar kerajaan  negeri Perak yang dipimpin Y.A.B Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir segera  membatalkan pembinaan panggung wayang Lotus Five Star Cinemas di sebuah  pasaraya di sini seperti yang diminta oleh Jawatankuasa Penduduk di  Bandar Seri Iskandar.
Projek  pembinaan panggung wayang itu mula mendapat perhatian orang ramai sejak  beberapa minggu ini selepas papan tanda pembinaannya diletakkan di tepi  jalan raya dan mengundang ribuan tandatangan bantahan penduduk  setempat.
Semasa  ditemui oleh pemberita, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz  Hakimi Mohamad Nor menegaskan bahawa “Islam sama sekali tidak menghalang  kepada kemajuan. Namun kemajuan itu hendaklah seimbang antara dunia dan  akhirat. 
Kejadiaan  yang terjadi di Bandar Seri Iskandar amatlah mengecewakan  terutamanya  apabila sejak sekian lama Bandar ini telah lama diwarwarkan sebagai  Bandar Pendidkan dengan kewujudan beberapa Insitusi Pengajian Tinggi dan  Sekolah, secara tiba-tiba ada usaha mengubahnya kepada Bandar Hiburan  dengan penubuhan panggung wayang ini.”
Tambah  beliau lagi, “ Sekiranya kerajaan negeri mengambil sikap berdiam diri  dan tiada tindakan yang diambil untuk membatalkan pembinaan panggung  wayang ini, jelaslah bahawa pemimpin negeri memang tidak mahukan rakyat  menjadi cerdik dan hanya mahu melahirkan generasi yang suka berhibur!”
Tegashaki  beliau lagi, “Penduduk di Bandar Seri Iskandar ini semuanya telah  sepakat untuk menghalang penubuhan panggung wayang ini, dan jika  bantahan penduduk ini ditolak, maka kerajaan negeri pimpinan Barisan  Nasional perlu bersedia pula untuk ditolak oleh rakyat pada PRU yang ke  13 ini!”
SU DPP Parit
