
26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Sultan  Johor Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar mendahului senarai  penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan  Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah (bawah, kanan)yang ke-81, hari ini.
Sultan Johor menerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang (DK).
Seramai  15 orang menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang  membawa gelaran "Datuk Seri", lima menerima darjah Sri Indera Mahkota  Pahang (SIMP), 20 menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan  100 menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang masing-masing  membawa gelaran "Datuk".
Penerima  SSAP ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee  Heung; Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd Datuk  Mohamad Salleh Ismail; Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Datuk Mohamed  Apandi Ali; Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman; Ketua  Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia  ke United Kingdom Datuk Zakaria Sulung.
Panglima  Operasi Udara Left Jen Datuk Ackbal Abdul Samad; Rektor Universiti  Islam Antarabangsa Malaysia Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin; Pengarah  Arctiquator (M) Sdn Bhd Datuk Sunny Ung Eng Huat; Pengarah Eksekutif  Syarikat Sarawak Pulp Industries Sdn Bhd Datuk Ibrahim Mahmud; Pengarah  Urusan IRDK Group Of Companies Datuk Dr Ramasamy a/l Muthusamy.
Pakar  Perunding Kanan Traumatologi dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma  Hospital Kuala Lumpur Prof Datuk Dr Abu Hassan Asaari Abdullah; Naib  Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Subahan Kamal; Datuk Chin  Seak Huat dan Pengarah Kiara Jujur Sdn Bhd Tan Kooi Chew.
Lima  penerima darjah SIMP ialah Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia   Paul W Jones; Timbalan Panglima Tentera Darat Lef Jen Datuk Wira  Zulkifli Zainal Abidin; Ahli Lembaga Disiplin UMNO Datuk Mohd Zihim Mohd  Hassan; Pengerusi Dr Mohamed Mydin dan Rakan-Rakan Sdn Bhd Datuk Dr  Mohamed Mydin Mohd Musa dan Prof Ulung Universiti Malaysia Profesor Dr  Looi Lai Meng.
Antara  penerima DSAP ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air  Datuk Noriah Kasnon; Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar  dan Wilayah Datuk Hasan Malek; Anggota Dewan Undangan Negeri Tahan,  Pahang Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak; Pengarah Pelajaran Pahang Datuk  Mazlan Mohamad; Pengarah Kesihatan Pahang Dr Nooraini Baba; Pengarah  Perhutanan Pahang Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman.
Ketua  Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas Angkatan Tentera Malaysia Left  Jen Datuk Pahlawan Abd Razak Md Yusoff; Panglima Angkatan Bersama  Laksamana Madya Datuk Jamil Osman; Panglima 8 Briged Mejar Jen Datuk  Abdul Rahim Mohd Yusuff; 
Pakar  Perunding Perubatan Kanan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan  Datuk  Dr Sapari Satwi; Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-Paru Pusat  Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Mohd Ramzisham  Abdul Rahman dan peniaga Datuk Chan Ang Ngan.
Bagi  darjah DIMP, antara penerima ialah Ketua Penolong Pengarah (Latihan)  Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Datuk Paramasivam a/l Arunasalam; Ahli  Dewan Negara Senator Muhammad Olian Abdullah; 
Ketua  Penolong Pengarah Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat  Bukit Aman SAC Haris Wong Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Jabatan  Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Bukit Aman SAC Huzir Mohamed dan penyanyi  serta penggubah muzik Syed Mohd Sobri Syed Kechik.
Seramai  27 menerima darjah Setia Ahmad Shah Pahang, 57 (Setia Mahkota Pahang),  69 (Ahli Ahmad Shah Pahang), 175 (Ahli Mahkota Pahang), 126 (Pingat  Khidmat Cemerlang), dua (Pingat Gagah Perwira), 153 (Pingat Kelakuan  Terpuji ), 264 (Pingat Jasa Kebaktian).
Pengamal  media iaitu wartawan penyiaran Eksekutif Kanan TV3 Karam Singh Walia  menerima DIMP yang membawa gelaran Datuk manakala Pegawai Berita  Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Rubiah Mohamed  dianugerahkan AMP.
Majlis penyampaian anugerah pingat dan darjah kebesaran akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan.
- Bernama
