
8 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Jawatankuasa
 Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dijangka bermesyuarat Jumaat ini 
berkemungkinan membincangkan soal penggantungan dua ADUN parti itu 
selama enam
bulan sebelum ini, menurut sumber dalaman parti.
ADUN
 Bentayan, Gwee Tiong Hiang (kiri) dan dua anggota bahagian Bakri 
digantung oleh jawatankuasa disiplin DAP berhubug soal pengurusan dana 
parti sementara ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan berhubung kenyataannya 
mengenai bendera negara.
Kedua-dua mereka yang dihubunginya Bernama mengesahkan mereka telah membuat rayuan kepada CEC parti itu.
Timbalan
 Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham berkata mesyuarat bulanan CEC 
akan diadakan Jumaat ini dan oleh kerana kedua-duanya telah merayu 
terhadap keputusan penggantungan itu, kemungkinan mesyuarat tersebut 
akan melihat rayuan mereka.
"Jika mereka telah merayu, ia akan dibangkitkan. Ia merupakan proses biasa bagi CEC membincangkannya," katanya.
- Bernama
