
26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Monyet  dan kucing di Merlimau sudah menunggu lebih 8 bulan untuk melihat taman  mereka dibina di Merlimau. Ini kerana Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri  Mohd Ali Rustam pernah berjanji pada kempen Pilihanraya Kecil Merlimau  bahawa satu taman untuk mereka akan dibina di Jeti Merlimau.
Mohd  Ali dalam kenyataannya pada 10 Februari lalu memberitahu bahawa  kerajaan negeri bercadang mewujudkan taman rekreasi yang mengandungi  habitat binatang ternakan berhampiran Jeti Muara Sungai Merlimau di pada  masa depan.
Beliau  berkata, rancangan tersebut termasuk dalam projek menaik taraf jeti  berkenaan yang melibatkan perbelanjaan kira-kira RM5.6 juta.
Menurutnya,  peruntukkan itu disediakan di bawah kerajaan Pusat selepas  perlaksanaanya diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak ketika mengadakan lawatan ke jeti tersebut tahun lalu.
”Jeti  Muara Sungai Merlimau ini akan menjadi salah sebuah taman rekreasi di  negeri ini malah di situ bukan sahaja ada jeti tetapi ada taman hidupan  monyet dan kucing,” katanya.
Beliau  berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan  nelayan Jeti Muara Sungai Merlimau di Merlimau semasa berkempen untuk  memancing undi pengundi Merlimau.
Saya  yakin jika monyet dan kucing di Merlimau boleh berkata-kata dan menulis  sudah tentu mereka akan membuat temujanji dan menghantar memorandum  kepada Ketua Menteri untuk meminta pembinaannya disegerakan.
Nampaknya Ketua Menteri cuba memperdayakan bukan sahaja manusia malah binatang pun diperdayakan.
Saya menuntut beliau memohon maaf kepada kucing dan monyet.
HARAKAHDAILY/-
