
19 Rejab 1432H. [MOD] -
Dewan  Pemuda PAS Negeri Perak menyangkal tuduhan Datuk Seri DiRaja Dr Haji  Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Himpunan BERSIH pada 9 Julai ini ada  agenda tersembunyi untuk menawan Putrajaya tetapi tidak menyedari bahawa  cara Umno / Barisan Nasional (BN) merampas secara jahat Kerajaan Negeri  Perak dengan menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai  alat bagi mengesahkan cara kotor untuk kembali mentadbir Kerajaan  Negeri awal Februari 2009 yang lalu.
Bagi  kami, himpunan ini adalah pentas khas terutamanya rakyat Negeri Perak  menyuarakan bantahan mereka cara kotor Umno / BN yang telah merampas  Kerajaan Negeri daripada mandat rakyat setelah memberikan keyakinan  bahawa Pakatan Rakyat (PR) layak mentadbir Kerajaan Negeri selepas  Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 yang lalu. Sudah tentu tujuan  utama kepada rakyat Perak yang menyertai himpunan ini adalah bagi  memastikan PRU 13 nanti bersih untuk menghalang Umno / BN merampas  sekali lagi Kerajaan Negeri dengan cara singkat.
Setakat  dalam rekod politik tanahair, dengan mengadakan himpunan tiada langsung  satu kerajaan negeri pun dirampas sepertimana Umno / BN dapat lakukan  di Negeri Perak dahulu. Hanya Umno / BN sahaja yang benar-benar dapat  lakukan cara pelbagai himpunan bagi mendapat mandat secara singkat untuk  kembali mentadbir. Beberapa kerajaan negeri yang dimenangi oleh PR  dengan izin Tuhan telah bangkit secara luar biasa rakyat yang telah  dapat menghalang penyelewengan dalam PRU yang telah diadakan.
Bagi  kami himpunan yang bakal diadakan dijamin ianya adalah himpunan aman  tetapi jika hura-hara berlaku dengan gangguan pihak Polis adalah arahan  daripada Umno / BN yang inginkan ianya gagal. Kami tegaskan akan  menggerakkan rakyat Perak untuk turut serta dalam himpunan ini nanti  bagi menyekat politik singkat jalanan untuk terus menjadi Menteri Besar  secara tidak tehormat!
MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
