25 Rejab 1432H. [MOD] -
Ketua  Penerangan Pas Pusat Idris Ahmad dalam blognya menyatakan tuduhan  Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa penganjur Bersih 2.0  sebagai pengkhianat perjuangan rakyat adalah tidak tepat.
"Persoalannya,  siapakah pengkhianat sebenar? Kenapa Bersih 2.0 yang didokong oleh NGO  dan parti-parti politik bertegas mahu berhimpun pada 9 Julai ini,  katanya lagi.
Beliau  turut mengingatkan Muhyiddin yang menganggotai penganjur Bersih bukan  mereka yang bodoh dan hanya menurut kata oleh mana-mana pihak. Jika  mereka mahu mencari jalan selamat dan selesa lebih baik mereka menyertai  Perkasa dan Pemuda UMNO yang sentiasa mendapat perlindungan daripada  pihak pemerintah.
"Apakah  salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihanraya yang adil seperti  penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos. Kenapa kerajaan berdolak  dalih? Susah sangatkah hendak laksanakan. Jika 
kerajaan tidak bersedia untuk menerima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang mengkhianat rakyat.
"Oleh  kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana  pencabulan demokrasi maka mereka sanggup turun ke perhimpunan Bersih.  Sepatutnya beliau tidak boleh menuduh perserta himpunan Bersih khianat  kepada keamanan negara.
Menurutnya  lagi, kerajaan sepatutnya lebih matang untuk mempertingkatkan ketelusan  perjalanan pilihanraya dan usaha penambahbaikan perjalanan pilihanraya.  Apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November  2007 lalu yang dihadiri lebih 100 ribu orang. 
sinarharian/-
