
19 Rejab 1432H. [MOD] -
Beg  tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama  seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil  simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki  oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih  RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).
Harganya  menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan.  Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak  berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan,  secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi  kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang  sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama  dalam sejarah.

Victoria Beckham antara artis antarabangsa yang mempunyai koleksi beg tangan Birkins.
Dan  gambar-gambar Rosmah di bawah ialah bersama dengan beg tangan Birkins  hadiah daripada Robin Tan, anak lelaki Vincent Tan kepada wanita pertama  Malaysia. Dianggarkan setiap beg tangan Birkins berharga US$ 120,000  (lebih RM360 ribu) dan telah dibayar dibawah nama Sports Toto.

Gambar-gambar Rosmah bersama 3 beg tangan Birkins yang berbeza.
Pemimpin-pemimpin  PAS telah merancang untuk menaikkan isu koleksi beg tangan Rosmah, yang  dipercayai bernilai RM1 juta dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.
"Ini  bukan satu isu yang remeh. Bagaimana dia mampu memiliki beg-beg yang  mahal seperti itu. Mengapa dia dan Najib boleh berbelanja melebihi  kemampuannya? Ini adalah isu serius. RM1 juta boleh dibelanjakan dengan  baik untuk pembinaan kemudahan-kemudahan di luar bandar, untuk biasiswa  dan lain-lain," menurut Mahfuz.
cheguBard
