10 Rejab 1432H. [MOD] -
KUALA  LUMPUR: Ekonomi negara  sudah ketinggalan 30 tahun menyebabkan   berlakunya krisis ekonomi  termasuk kenaikan harga barangan ekoran   peningkatan harga minyak.
Dalam tempoh tersebut  membuat kesilapan demi kesilapan sehingga telah   menjadi lambakan dan  kesan sukar ditangani, kata Pengarah Strategi PKR   Rafizi Ramli.
“Kerajaan gagal memandang ke depan termasuk dalam merancang harga minyak pasaran dunia.
“Akibatnya  kerajaan gagal mengurus harga minyak dan kesannya rakyat   menanggung  beban,” katanya dalam satu forum ekonomi di ibu negara hari   ini.
Dua  lagi ahli panel forum anjuran Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu    ialah Exco Pemuda Umno Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Exco Pemuda PAS Dr    Zuhri Marjuki.
Menurut  Rafizi, rakyat terbanyak tidak mendapat subsidi minyak   sebaliknya  pengeluar tenaga bebas (IPP) memperolehi berbilion ringgit.
Beliau mahu isi penjanjian di antara IPP dengan kerajaan didedah kepada umum dan dikaji supaya tidak membebankan rakyat.
Dasar Dr M
Manakala  Dr Zuhri mendakwa dasar pemerintahan mantan Perdana Menteri  Tun  Dr  Mahathir Mohamad menyebabkan Malaysia dilanda krisis ekonomi   khususnya  berkaitan harga minyak.
Katanya, pembaziran minyak ekoran dasar Dr Mahathir yang mahukan rakyat menggunakan banyak kereta.
“Sektor  pengangkutan awam tidak digunakan, hanya kebelakangan ini  baru   dipandang  semula,” katanya. polisi pengangkutan yang menurutnya    menyebabkan penggunaan minyak yang banyak.
Wakil  Pemuda Umno pula menegaskan orang miskin perlu terus mendapat subsidi khususnya minyak.
Bagaimanapun,  Ahmad Zahid berkata, kerajaan telah membelanjakan wang   terlalu banyak  untuk subsidi dan ini tidak baik kepada negara.
Katanya, jumlah subsidi negara pada 2009 ialah RM74 bilion iaitu RM12, 000 setiap isi keluarga. 
