
26 Rejab 1432H. [MOD] -
Dewan  Pemuda PAS Negeri Perak menggesa satu siasatan dibuat terhadap Datuk  Hamidah Osman yang dilihat telah menyalahgunakan kuasa beliau di dalam  Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia Fasa 2, Parlimen Gopeng 2011  baru-baru ini. 
Kami  melihat terdapat elemen penyalahgunaan kuasa berlaku di dalam pemberian  komputer tersebut dan bimbang pemberian komputer tersebut dibuat secara  ‘pilih kasih’. 
  Kami  melihat  Datuk Hamidah Osman jelas telah menyalahgunakan kuasa sebagai  seorang yang berkedudukan atau berjawatan politik  dan perbuatannya  ini  dikhuatiri mempunyai unsur  rasuah. 
Kami  meminta agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  membuat siasatan terhadap maklumat tersebut dan mengambil tindakan yang  sewajarnya. Walaupun sudah banyak laporan yang telah dibuat terhadap  Datuk Hamidah kepada SPRM namun amat dikesali  ianya  umpama ‘diletakkan  di bawah karpet sahaja’ 
 SALMAN HAJI SALEH 
Setiausaha, 
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
